Friday, 20 November 2015

Tamparan Buat Presiden PAS

Tamparan Buat Presiden PAS. Selepas menyatakan kesanggupannya untuk bersumpah talak isteri demi menegakkan dakwaannya berkenaan rundingan antara PAS dan Umno, bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa semalam mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang melakukan perkara yang sama bagi menafikan pendedahan tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri Salor itu berkata, cabarannya itu bukan bertujuan memalukan presiden parti, tetapi lebih kepada membuktikan ketelusan dan kebenaran kepada dakwaannya sebelum ini.

“Saya tidak berniat memalukan presiden saya, tetapi hanya ingin menonjolkan 1 fakta sepanjang perundingan belakang tabir antara PAS–Umno sejak Tok Guru (Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat) masih hidup lagi.

“Jemputan untuk saya masuk gelanggang gusti seorang diri tanpa regu sudah cukup untuk menjadi penutup isu ini dengan kebenaran memihak pada saya. 

"2014 - Presiden PAS ada mencadangkan kerajaan PAS-Umno dibentuk di Selangor dengan 3 Adun PKR menyertai PAS. Noktah,” katanya dalam satu kenyataan semalam yang turut dimuatnaik di laman Facebook miliknya.

Tamparan Buat Presiden PAS

Sebelum ini, Hadi mencabar kesanggupan Husam bersumpah bagi membuktikan terdapat cadangan pembentukan kerajaan antara PAS dan Umno tahun lepas seperti didakwanya.

Husam menegaskan, dalam hal ini, kedua-dua pihak perlu bersumpah.

"Cabaran Hadi agar saya bersumpah solo saya kira adalah petanda kejayaan saya. 


"Kalau gusti sebagai analogi, jika lawan sudah meminta pesaingnya bergusti seorang diri, fahamlah penonton apa konsekuennya.

"Sukan gusti memerlukan regu. Mustahil boleh ditentukan siapa pemenang hanya dengan menumbuk bayang seorang diri, sedangkan regunya hanya menonton di luar tali," katanya dalam kenyataan itu.

Pada postingnya itu, Husam turut mengulas kenyataan Datuk Dr Haron Din seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia, Isnin lepas, yang parti Islam itu tidak ada masalah bekerjasama dengan Umno selagi ia ke arah kebaikan dan bertunjangkan kebajikan.

Tamparan Buat Presiden PAS

Sambil memuji ketelusan Haron, Husam berkata, kenyataan Mursyidul Am PAS itu jelas membuktikan wujud rundingan kerjasama antara PAS dan Umno.

“Sekalipun kenyataan ini belum lagi bertaraf seterang matahari, tetapi ia lebih mudah difahami. Paling tidak, seterang bulan purnama.

“Sebagai ahli PAS, saya lebih menghargai ketelusan sebegini. Ia lebih mulia dari usaha belakang tabir yang boleh menimbulkan kekeliruan ahli parti. 

"Ketiadaan info kepada setengah ahli menimbulkan perbalahan yang berlarutan.

“Mereka berpencak silat dengan mata tertutup kerana maklumatnya disembunyikan, tapi bunyi dan desirnya wujud sejak 2008,” katanya.




3 comments:

  1. Apa tampar-tampar!! Bukan ada rasa. Kulit muka terlalu tebal!!

    ReplyDelete
  2. Bunyi macam umno.. tuduh dsai liwat lepas tu suruh dsai bersumpah menafikan.. terbukti kini penyokong pan makin panas kerana TGHH masih kami pertahankan sbg pemimpin dunia dan akhirat kami..

    ReplyDelete
  3. Kenapa marah sangat sampai keluar parti? UMNO tolak hudud Allah tak?

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...