Monday, 16 November 2015

Soalan Cepu Emas Dari Perkasa Buat Jamil Khir Dan YaPEIM

Soalan Cepu Emas Dari Perkasa Buat Jamil Khir Dan YaPEIM. Biro Pemantauan dan Integriti (BPI) Perkasa mencadangkan agar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengambil tindakan saman ke atas Pengarah National Oversight and Whistleblowers (NOW), Akmal Nasir.

Setiausahanya, Azrul Akmal Saharudin menyatakan, Jamil Khir tidak perlu menunggu permohonan maaf dari Akmal atas dakwaan NOW bahawa beliau menggunakan wang Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) bagi membiayai perjalanannya ke Amerika Syarikat pada 2014.

“Bila ada pembicaraan di mahkamah nanti, maka rakyat akan tahu kebenarannya.

“Jika Akmal Nasir berani bercakap, maka semestinya beliau juga mesti berani untuk menanggung akibatnya. Berani buat berani pikul,” katanya dalam satu kenyataan pada petang Sabtu.

Selain itu, Perkasa sendiri turut menuntut agar Jamil Khir selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengesahkan mengenai dakwaan yang dibuat oleh Akmal mengenai perbelanjaan luar jangka beliau ke negara White House itu.


“Jika Ya, apakah ini dikira sederhana sejajar dengan konsep Wassatiyyah yang dicanangkan kerajaan?” soalnya.

Soalan Cepu Emas Dari Perkasa Buat Jamil Khir Dan YaPEIM

Azrul turut menggesa agar Jamil Khir segera menjelaskan mengenai isu pendapatan luar biasa Pengerusi dan Timbalan Pengerusi YaPEIM seperti yang didakwa NOW.

“Apakah benar gaji dan dan berbagai elaun dengan berbagai jawatan sepertimana yang didedahkan yang merujuk kepada Pengerusi dan Timbalan Pengerusi adalah wajar dan bersesuaian.

“Adakah mereka ini mempunyai kelayakan atau adakah perlantikan mereka hanya atas dasar politik semata-mata. Apakah gaji dan berbagai elaun ini wajar dan apakah pemegang jawatan ini bekerja sepenuh masa serta mempunyai kuasa eksekutif?” soal beliau lagi.

Akmal sebelum ini menamakan seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri terlibat dalam salah guna wang yayasan Islam yang fungsinya adalah untuk membantu anak yatim dan orang miskin.

Akmal yang juga merupakan Ketua Penerangan PKR Johor Bharu turut mendakwa menteri berkenaan telah ke luar negara untuk aktiviti bersuka ria termasuk bermain golf.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...