Tuesday, 17 November 2015

Najib Buat Kejutan Lagi?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) boleh mengambil sebarang tindakan terhadap sesiapa yang membuat dakwaan tidak berasas mengenai yayasan berkenaan, termasuk kesalahan jenayah fitnah.

Najib berkata demikian sebagai menjawab soalan pemberita pada sidang akhbar di Antalya, Turki mengenai dakwaan wang Yapeim yang sepatutnya digunakan untuk amal jariah disalahgunakan untuk membiayai perjalanan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan rombongannya ke luar negara.

Mengenai tindakan Jamil untuk membuat laporan polis terhadap dakwaan tersebut, Najib berkata, "Kalau beliau yakin tidak bersalah, beliau boleh ambil apa-apa tindakan sama ada 'criminal defamation' ataupun civil defamation”.

Ditanya sama ada hal sedemikian merupakan satu usaha untuk mencalar imej kerajaan, beliau berkata perkara sebegitu akan sentiasa ada.

Semalam, Jamil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya berhubung dakwaan beliau menyalahgunakan hasil sumbangan orang ramai bagi membiayai perjalanan ke luar negara.

Jamil turut menjelaskan dakwaan yang dibuat Pengarah National Oversight and Whistleblowers (NOW) Akmal Nasir  program di Amerika Syarikat (AS) bersifat bersuka ria menggunakan dana anak yatim adalah satu fitnah jahat dan cubaan untuk menjatuhkan kredibiliti dan integritinya selaku menteri.

Menurut Jamil, lawatan beliau ke AS pada 21 hingga 29 Mei 2014 adalah bagi memenuhi jemputan program yang dianjurkan agensi di bawah seliaannya, terutama Yapeim dengan kerjasama Kedutaan Malaysia di AS.

Ini termasuk program Education Malaysia (EM) Chicago sempena Mid West Game yang menghimpunkan lebih 1,000 pelajar dari Amerika Syarikat serta Kanada.



3 comments:

  1. sepatutnya pihak berkuasa seperti SPRM atau PDRM membuat siasatan terhadap dakwaan tersebut. Dakwaan ini bukan datang dari PAS, PKR, DAP atau Amanah jauh sekali dari ahli UMNO yang tak banyak mebaca. Tapi pentadbiran PDRM atau SPRM kelihatannya lebih suka menangkap dan menyoal yang membuat dakwaan. Kelihatannya PDRM dan SPRM adalah mesra penjenayah.

    ReplyDelete
  2. SDR Addin, izin saya,

    Ramai sungguh pemimpin golongan atasan Melayu lupa lalai leka akan akhlak maqasid syariah ketulusan code of conduct angkat sumpah jawatan dan laungan politikal transformasi , corporate governance dan Sekurities Commision Compliance,Institute Integrity Malaysia.

    Perangai mereka dalam YAYASAN berlandaskan Islam dan dan Menteri de fakto jaga hal Islam memberi impak seakan imej ekonomik terrorist,dan isu sebenar nya adalah : Idris Jala mampu pandu kita : Apa kah Mission Statement bagi YAPEIM ? .Apa kah KPI Bagi YAPEIM ? Ada kah YAPEIM termasuk dalam senarai NBOS ?

    Ramai sungguh pemimpin dan golongan atasan Melayu yang berbaik berbaik sesama T20 dan tidak lihat bawah golongan M40 B40, akan tetapi hidup atas khayalan kayangan dan perasan hebat betul .
    Orang orang yang menyorok dalam ngo islamik adalah acuan 1Malaysia Chairman ASEAN aka sahabat Karib Amerika Obama dan rakan tidur negara masak masam manis PRC HEGEMONY one maritime SILK Road..
    Kalau dah jadi Member UNSC kebal nampak..
    Saya terus sokong usaha usaha NOW.
    Tabah lah.
    NOW, terima kasih atas ketegasan anda.
    Jasa mu di kenang.
    arjuna waspada
    changkat lobak

    ReplyDelete
  3. Kesalahan Jenayah Malu adalah hak Negara (Polis & Pendakwaraya). Hak saman malu sivil itu hak peribadi nak sama atau tidak dimahkamah sivil namun dakwa tak bole kerana itu dibawah bidangkuasa Negara.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...