Monday, 23 November 2015

Selepas Pendedahan.. YaPEIM Berdepan Situasi Kritikal

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) akan memberi penjelasan kepada hampir 3,000 penyumbang dana Amal Jariah (Skim Potongan Gaji) yang menarik diri daripada menyumbang kepada yayasan berkenaan.

Ketua Pengarah/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan YaPEIM Datuk Abibullah Samsudin berkata pihaknya yakin perkara itu hanya bersifat sementara dan mereka akan kembali menyumbang kepada yayasan berkenaan selepas dakwaan mengenai penyelewengan dana dibuktikan tidak benar.

"Saya yakin pemberhentian (sumbangan dana) ini adalah pemberhentian yang bersifat sementara sehingga mereka yakin ini adalah fitnah dan mereka akan (kembali) meneruskan sumbangan kepada Yapeim.

"Kita akan hantar kenyataan akhbar dari semasa ke semasa supaya mereka akhirnya akan memahami perkara sebenar yang sedang berlaku," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi penerangan tertutup berhubung isu yang melanda Yapeim anjuran badan bukan kerajaan (NGO) Majlis Profesional Kelantan di Kota Bharu, malam tadi.

Mengulas lanjut, Abibullah berkata Yapeim kini mempunyai 5,000 penyumbang dana di bawah dana Amal Jariah yang menyumbang minimum RM1 hingga maksimum RM500 setiap bulan.

Dalam pada itu, Abibullah berkata pihaknya juga sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung kebocoran maklumat berhubung pengurusan kewangannya, namun turut menyerahkan perkara berkenaan kepada polis untuk siasatan secara menyeluruh.

Beliau turut mengakui ada pegawai yayasan berkenaan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan, namun enggan mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan kerana ia masih dalam siasatan.



4 comments:

  1. NK MOHON DUIT YAPEIM BAYAR HUTANG KRETE,LEH X?

    ReplyDelete
  2. Betul ke penyumbang yapiem 5000 orang?

    ReplyDelete
  3. Banyak lagi pihak-pihak yang memerlukan bantuan orang ramai. Tak payahlah bagi derma kepada pihak yang tak tentu hala. Kalau ada individu yang sudah banyak sangat duit pergi sahaja kat HKL dan cuba melawat wad kanak-kanak, wad kanser dan IJN. Hari-hari ada pesakit yang memerlukan bantuan!!

    ReplyDelete
  4. Dah kantoi nak salahkan pemberi maklumat pulak.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...