Sunday, 1 November 2015

Berita Menggemparkan Dari PAS

PAS bersedia menasihati kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam hal seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB), cukai barangan dan perkhidmatan (GST), perumahan serta kejatuhan nilai ringgit, kata presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti dilapor Mingguan Malaysia hari ini.

Kesediaan itu tertakluk kepada syarat agar Umno mengubah pemerintahannya selaras dengan Islam."Kita nak tolong selesaikan masalah, kita bukan nak rebut kuasa. Kalau Umno ubah kuasa dengan konsep Islam kita akan bantu dia.

Yang penting kita nak ubah pemerintahan kepada lebih baik berasaskan tuntutan Islam," katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia edisi Ahad itu.Beliau berkata demikian pada program Dialog Rakyat bersama PAS di Kuala Terengganu semalam.

Hadi turut mengumumkan, satu pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkenaan perkara itu akan berlangsung tidak lama lagi.










2 comments:

  1. Boleh caya kah ? Ni kona baring kuat punya, sebenarnya nak bincang UG Unity Government.

    ReplyDelete
  2. Nak tanya sikit. Ini sebelum keluar statement dah buat pemeriksaan kesihatan ke belum? Dan apa pula pendapat dan lapuran doktor pakar sakit jiwa? Saja nak tanya!

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...