Friday, 6 November 2015

Berita Mengejutkan Dari Pengerusi PAC

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua tidak boleh bercakap mengenai syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) walaupun di Parlimen, kata Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin.

Katanya, Pua tidak boleh mengeluarkan kenyataan secara terbuka mengenai 1MDB walaupun Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia tidak mengeluarkan sebarang kenyataan khusus mengenai perkara itu semalam.

Malah, Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Amad semalam juga berpendapat, Pua bebas mengeluarkan kenyataan mengenai 1MDB asalkan tidak bertindih dengan siasatan PAC berhubung syarikat pelaburan strategik Kementerian Kewangan itu.

"Tidak, jelas daripada keputusan speaker, beliau tidak boleh menyebutnya walaupun di dalam Parlimen," kata Pengerusi PAC, yang juga ahli Parlimen Rompin kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Hasan berkata, beliau berpegang kepada keputusan speaker yang mengatakan Pua tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai 1MDB kepada umum.

"Saya berpegang kepada keputusan speaker. Pua tidak boleh mengeluarkan kenyataan kepada umum. Saya mengikut interpretasi speaker," katanya.

Beliau juga berkata, sebagai pengerusi PAC, beliau harus akur kepada keputusan speaker.

"Kami akan menasihati jawatankuasa (PAC) dan speaker yang mempunyai kuasa untuk membuat keputusan," kata Hasan.

Kenyataan Pengerusi PAC dibuat walaupun Pandikar semalam berkata, Pua masih bebas bercakap mengenai 1MDB di dalam Dewan kerana itu adalah haknya.

Bagaimanapun Pandikar berkata, beliau tidak akan dapat membezakan kenyataan umum yang dibuat Pua mengenai 1MDB sama ada ia bersumberkan maklumat diperoleh daripada PAC atau tidak, mengatakan ia seperti cubaan untuk memisahkan "manis daripada gula".

Beliau juga tidak menyatakan sama ada Pua dilarang daripada membuat kenyataan umum mengenai 1MDB.


Addin:

Memang tepatlah Hasan Arifin dipilih sebagai pengerusi PAC yang baru.. bukan untuk menyiasat 1MDB tetapi untuk menutup mulut-mulut yang lantang bersuara berkenaan syarikat sarat hutang ini. memang tepat pilihan Najib..



1 comment:

  1. Semua org2nya dilantik utk jaga kepentingannya, jadi apa takut

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...