Tuesday, 24 November 2015

Rahsia Najib - Obama Terbarai Lagi..

Rahsia Najib - Obama Terbarai Lagi. Saya dengar daripada lima orang - rakyat Malaysia dan juga rakyat Amerika Syarikat serta mereka yang dalam kedudukan untuk tahu, bahawa pada pertemuannya dengan Datuk Seri Najib Razak pada 20 November lalu, Presiden Barack Obama menggesa perdana menteri Malaysia untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara.

Permintaan itu dilaporkan atas dasar kemanusiaan, kerana kesihatan Anwar yang semakin merosot. Bagiamanapun pendirian kerajaan Amerika adalah bahawa perbicaraan Anwar adalah pincang dan bermotifkan politik, dan bahawa Anwar adalah tahanan politik.

Seorang sumber memberitahu saya bahawa jawapan Najib adalah beliau terpaksa mematuhi sistem undang-undang Malaysia. Bagi saya, ia adalah ironis bahawa Najib mahu bersembunyi di sebalik sistem undang-undang Malaysia, sedangkan dirinya sendiri tidak teragak-agak untuk menggunakan dan menyalahgunakannya untuk kepentingan politik peribadi.


Dan ia bukan hanya digunakan ke atas pembangkang sahaja lagi. Sekarang Najib menggunakannya terhadap pengkritik dalam parti sendiri, dan juga penyiasat yang semakin hampir menemui kebenaran.

Banyak yang telah berlaku sejak permainan golf terkenal pada Disember lalu. Bermula dengan Anwar yang dadapati bersalah pada Februari lalu, muka depan utama akhbar New York Times memperincikan semua dakwaan rasuah sekitar Najib dan keluarganya.

Rahsia Najib - Obama Terbarai Lagi..

Portal Sarawak Report pula mendedahkan lebih banyak dokumen mengenai 1MDB dan berbilion-bilion ringgit yang hilang. Semua laporan 1MDB adalah sangat rumit dan sukar difahami. Tetapi The Wall Street Journal kemudiannya menerbitkan sebuah artikel yang semua orang boleh faham. Sebanyak AS$700 juta (RM2.6 bilion) didakwa berakhir di akaun bank peribadi Najib, dan berminggu-minggu, beliau tidak dapat menjelaskan bagaimana wang itu berada di akaunnnya.

Dan kemudian, secara tiba-tiba, sebahagian besar wang didakwa dibawa keluar negara lagi - tetapi tiada siapa yang tahu di mana, dan Najib tidak bercakap. Semua orang dapat memahami cerita ini - anda tidak perlu mempunyai MBA dalam kewangan antarabangsa. Kemudian New York Times melaporkan bahawa Najib dan keluarganya sedang disiasat oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di bawah Inisiatif Pemulihan Aset Kleptokrasi. Apa punya nama!

Rahsia Najib - Obama Terbarai Lagi..

Bagi pihak-hak asasi manusia dan demokrasi, tindakan keras Najib ke atas pembangkang telah dilaporkan secara meluas oleh media barat. Pemerhati Hak Asasi Manusia baru-baru ini mengeluarkan laporan 151 muka surat berhubung "suasana ketakutan" yang dicipta oleh Najib. Tak pernah sebelum ini - 151 muka surat! Kemudian ada kumpulan Bangsa-Bangsa Bersatu yang baru-baru ini menggesa pembebasan Anwar.

Obama adalah seorang peguam. Beliau sedar bahawa keterangan dan bukti adalah mencukupi dan Najib bukanlah manusia seperti yang difikirkannya. Seperti yang saya katakan sebelum ini, Obama bukannya satu-satunya pemimpin dunia yang percaya dengan retorik pembaharuan Najib.

Tetapi apabila meletakkan semuanya bersama, dan dengan berita-berita tahun ini, ia mencapai tahap di mana Obama akhirnya mengiktiraf realiti mengenai Malaysia dan Najib.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...