Sunday, 22 November 2015

Rahsia JAKIM Terbongkar?

Rahsia JAKIM Terbongkar? Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, timbul pelbagai persoalan mengenai apakah Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) masih relevan dan bagaimana mereka membelanjakan hampir RM1 bilion wang pembayar cukai setiap tahun.

Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri itu menjadi tajuk perdebatan selepas anak kepada bekas timbalan perdana menteri, Tawfik Ismail mengatakan ianya perlu dimansuhkan kerana lebih banyak campur tangan kepada kehidupan peribadi umat Islam di Malaysia. 

Kenyataan anak Tun Dr Ismail Abdul Rahman itu menimbulkan perdebatan hangat berhubung peranan dan kerelevanan agensi yang menguruskan hal ehwal agama Islam itu.

Sebagai respons, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Jakim lebih relevan pada hari ini kerana berdepan dengan Syiah, Islam liberal dan Kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis).

Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha enggan melayan permintaan The Malaysian Insider untuk wawancara tentang bagaimana wang dibelanjakan jabatan itu.

Sementara itu, pegawai perhubungan awam badan persekutuan memberitahu The Malaysian Insider mereka tidak mendedahkan sejarah kewangan Jakim atau akaun yang diaudit kepada umum.

Menurut Perbendaharaan, objektif Jakim boleh dibahagikan melalui 3 perkara utama:

a) mengembangkan Islam; b) menghasilkan pemimpin yang berkredibiliti; dan c) membentuk pengurusan sistem berdasarkan nilai dan etika Islam.

Bagi mencapai sasaran itu tahun ini, Jakim menerima peruntukan kira-kira RM819,074,900 daripada Bajet 2015. Pada tahun hadapan pula jumlah itu bagaimanapun dikurangkan kepada RM724,594,600.

Rahsia JAKIM Terbongkar? 

Laman sesawang Perbendaharaan menunjukkan bagaimana dana ini digunakan tahun ini, termasuk “hasilnya” dan aktiviti polisi paling banyak menggunakan peruntukan daripada bajet Jakim.

Polisi = RM531,392,000

Dianggarkan sebanyak RM531,392,000 dibelanjakan tahun ini, dan antaranya menumpukan kepada mengawal usaha penyelewengan akidah umat Islam dan aktiviti mengancam keselamatan negara.

Antara objektif lain dalam kategori itu termasuk menyelaras dan menyeragamkan undang-undang Islam seluruh Malaysia; menguatkuasakan undang-undang syarak negeri; menerajui usaha penyelidikan isu semasa dalam bidang akidah, syariah dan falak dan muamalat serta menyelaras pengurusan pendidikan Islam sekolah agama negeri dan sekolah agama rakyat.

Berdasarkan jangkaan Perbendaharaan, Jakim melaksanakan pelbagai aktiviti mengikut daripada aktiviti polisi itu:

·      6 program diadakan di negeri, daerah dan peringkat antarabangsa;

·      10,000 pensijilian halal dalam dan luar negeri;

·      2,243 kajian dan pemantauan dilakukan;

·      35 program penyelarasan pengurusan dan pembangunan fatwa dalam dan luar negara;

·      10 program penyelarasan meningkatkan kualiti pendidikan.

Bagi tahun hadapan, RM486,772,000 diperuntukkan untuk aktiviti polisi dan dijangkakan hasil program kekal sama.

Pengurusan = RM125,223,600

Pengurusan Jakim dan kakitangannya memakan wang pembayar cukai hampir RM125,223,600 tahun ini dan hasilnya ialah:

·      13,300 baucer bayaran diproses;

·      97% pengisian jawatan;

·      12 mesyuarat pengurusan Jakim;

·      9,000 permohonan Pensijilan Halal Malaysia melalui sistem eHalal.

Tahun hadapan Jakim dijangka akan menerima peruntukan sebanyak RM94,590,900 dan orang ramai boleh menjangkakan hasil sama.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) = RM97,374,000

Objektif Jawi ialah mencegah kesalahan jenayah syariah di sekitar Wilayah Persekutuan dan menguruskan hal ehwal agama Islam di kawasan ini.

Perbendaharaan menjangkakan hampir RM97,374,000 dibelanjakan tahun ini untuk Jawi menjalankan aktiviti :

·      60 operasi dijalankan;

·      500 kes diambil tindakan;

·      88 Sekolah Rendah Agama, Sekolah Rendah Agama Integrasi, dan Sekolah Menengah Agama; dan

·      pentadbiran 114 kelas Al-Quran dan Fardhu Ain.

Tahun hadapan, Jawi akan menerima RM94,590,900 untuk menjalankan tugas sama.

Pembangunan Insan = RM24,259,700

Pendakwah dan ilmuan Islam; memantau dan menyelaraskan polisi Islam; dan usaha dakwah memakan RM24,259,700 daripada bajet tahun ini.

Hasil bagi wang tersebut? Menurut jangkaan Perbendahaaraan, Jakim tahun ini:

·      Menerbitkan 130 majalah, buku dan risalah dakwah; dan

·      Menganjurkan 125 program pembangunan keluarga Islam dan pembangunan sosial.

Jakim berharap dapat mengurangkan wang aktiviti pembangunan Insan sebanyak RM15,659,700 pada tahun hadapan namun mengekalkan hasilnya.

Jakim Sabah = RM14,934,700

Objektif Jakim Sabah ialah untuk memberi perkhidmatan pengurusan cekap, berkesan dan berkualiti dari segi pengurusan pejabat, pengurusan perkhidmatan pegawai/kakitangan dan pengurusan kewangan termasuk meningkatkan kualiti modal insan, pengurusan pentadbiran kepada masyarakat berdasarkan ajaran Islam.

Rahsia JAKIM Terbongkar? 

Dengan bajet hampir RM15 juta diperuntukkan, Perbendaharaan menjangkakan Jakim Sabah tahun ini menganjurkan:

·      135 program;

·      80 program pendidikan KAFA;

·      55 program di Pusat Latihan Islam;

·      65 program penerbitan dan perhubungan awam.

Ia juga menjalankan 50 kajian tentang pemantapan akidah mengikut perkiraan Perbendaharaan.

Tahun hadapan, peruntukan akan dikurangkan menjadi RM11,560,000, namun hasilnya dijangka akan kekal sama.

Jakim Sarawak = RM10,593,800

Seperti Sabah, Sarawak juga menyasarkan perkhidmatan pengurusan cekap, berkesan dan berkualiti dalam menyebarkan dakwah dan memantapkan Islam.

Dengan peruntukan diterima, Jakim Sarawak menjalankan aktiviti seperti:

·      270 program dakwah;

·      50 program pengurusan dan keurussetiaan;

·      60 program penyelidikan;

·      86 program Pusat Latihan Sarawak;

·      44 program Institusi Kemahiran Islam Malaysia Sarawak.

Tahun hadapan peruntukkan dikurangkan menjadi RM10,593,800, bagaimanapun hasil dijangka akan kekal sama.

Darul Quran = RM8,103,100

Institusi Darul Quran melatih pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam ilmu tahfiz Al-Quran dan pengajian Islam termasuk menghasilkan pendakwah dan ilmuan Islam.

Menurut Perbendaharaan, jangkaan hasil tahun ini ialah:

·      559 huffaz menjalani latihan;

·      38 huffaz mahir dalam pembacaan Al-Quran di peringkat pengajian Sarjana Muda;

·      30 peserta penganjuran pengajian kursus jangka pendek Sijil Tinggi Tarannum Al-Quran kepada orang awam;

·      30 peserta penganjuran kursus jangka pendek Asas Qiraat kepada pelajar lepasan SPM.

Darul Quran menerima peruntukan sama pada tahun hadapan, dan hasilnya dijangka kekal sama

Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) = RM7,194,000

ILIM bertanggungjawab memantapkan pegawai pengurusan hal ehwal Islam sebagai penjawat awam yang bertakwa, kompetan dan cekap menghadapi cabaran.

Dengan peruntukan itu dianggarkan sebanyak 8,000 perserta mengikuti kursus ; 160 kursus dijalankan dan 1 kajian hasil kursus.

Tahun hadapan ILIM menerima peruntukan kurang daripada sebelum ini, iaitu RM7,617,600. – 22 November, 2015.






1 comment:

  1. an effort to analyse the cost benefit of JAKIM should be made. This s to avoid the waste of people money....

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...