Sunday, 1 November 2015

Punca PAS Enggan Tolak Bajet 2016 Tersebar

Keputusan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk tidak menyokong Pakatan Harapan menolak Bajet 2016 membuktikan parti Islam itu bekerjsama dengan Barisan Nasional (BN), kata Setiasaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Ketua menteri Pulau Pinang itu yang kesal dengan tindakan PAS untuk menolak Bajet 2016 sekaligus sebagai undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengatakan parti Islam itu jauh tersasar daripada kenyataan mereka sebelum ini untuk bersama parti pembangkang.

"Biar rakyat yang menilai mengenai keputusan PAS, bukan sahaja rakyat Malaysia namun penyokong mereka.

"Dahulu undi PAS adalah merupakan alternatif buat kita namun sekarang mereka tunjukkan mereka ingin bersama BN," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvesyen Biasa Negeri Selangor DAP, 2015 di Petaling Jaya hari ini.

Sinar Harian melaporkan hari ini PAS mengambil langkah berkecuali daripada parti pembangkang lain untuk menolak usul Bajet 2016 dibentangkan Najib yang juga menteri kewangan pada 23 Oktober lalu.

Hadi dilaporkan sebagai berkata, kesemua ahli Parlimen PAS sebulat suara bersetuju dengan keputusan ini.




8 comments:

  1. DAP tak puas hati PAS tak ikut telunjuk dia. KAH KAH KAH

    ReplyDelete
  2. Tambah ckit lg. " pas kata klu benda baik kenapa nak tolak"
    Agak2 mati ni allah tak tanya kenapa sembunyi kenyataan ni.

    ReplyDelete
  3. PAS nak hantar pasukan khas nasihat PM, macam lawak saje...pasukan berani mati atau berani ampu....

    ReplyDelete
  4. ...DUNIA DAN TERBALIK....SEMUANYA DAH TERBONGKAR KINI....MUJUR ADA BAIAH...JIKA TIDAK SEMUA DAN JADI BUAH MEMPELAM HARUMAN....TUNGGU IA AKAN LURUH TAK LAMA LAGI....

    ReplyDelete
  5. ...TUNGGULAH MEMPELAH HARUMAH AKAN GUGUR TAK LAMA LAGI...

    ReplyDelete
  6. TUNGGULAH MEMPELAM HARUMANIS AKAN GUGUR TAK LAMA LAGI...

    ReplyDelete
  7. MEMPELAM HARUMMANIS AKAN GUGUR BANYAK TAK LAMA LAGI....

    ReplyDelete
  8. TUNGGULAH MEMPELAM HARUMMANIS AKAN GUGUR BANYAK TAK LAMA LAGI....

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...