Thursday, 19 November 2015

Kantoi!! Pengerusi PAC Letak Jawatan?

Pengerusi PAC Letak Jawatan? Ahli Parlimen DAP Gobind Singh menuntut peletakan jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Arifin yang terdahulu hari ini berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak semestinya akan dipanggil memberi keterangan dalam siasatan ke dalam firma pelaburan milik negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Wakil rakyat Puchong itu berkata, kenyataan Hasan kepada pemberita berhubung perkara itu adalah "memalukan" dan menunjukkan beliau tidak bebas untuk terus menjadi pengerusi panel ahli Parlimen yang dianggotai kedua-dua bahagian politik itu.

"Pengerusi PAC mesti meletak jawatan sekarang kerana beliau tidak bebas," katanya ketika mencelah ucapan perbahasan ahli Parlimen Kulai daripada DAP Teo Nie Ching pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

"Ini standard yang kita ada pada seorang pengerusi sebuah jawatankuasa yang sangat berkuasa. Ini memalukan dan mengaibkan."

Gobind merujuk kepada cubaan Hasan meremehkan isu sama ada Najib akan dipanggil memberi keterangan mengenai syarikat sarat hutang 1MDB yang diilhamkannya, mengatakan beliau hanya "nak cari makan".

Sebelum itu, Hasan berulang kali berkata Najib tidak semestinya akan dipanggil, apabila ditanya pemberita mengenainya pada satu sidang media hari ini.

Pengerusi PAC sebelumnya, Datuk Nur Jazlan Mohamed tidak menolak kemungkinan memanggil Najib dalam siasatan 1MDB.

Pengerusi PAC Letak Jawatan?

Perdana Menteri yang juga menteri kewangan, merupakan pengerusi lembaga penasihat 1MDB.

Bagaimanapun, apabila diberitahu Nur Jazlan dahulu sedia menyoal Najib, Hasan berkata: "Janganlah, saya pun nak cari makan juga."

Gobind dengan marah berkata, jelas daripada kenyataan Hasan, beliau tidak akan bebas dalam siasatan panel  terhadap 1MDB, menegaskan tindakan pengerusi itu menunjukkan beliau tidak layak menjadi ahli Parlimen.

Hasan dinamakan sebagai ketua PAC baharu pada Oktober selepas Nur Jazlan dilantik sebagai timbalan menteri dalam negeri pada Julai.

Dalam sidang akhbar di lobi Parlimen selepas itu, Gobind berkata komen Hasan kepada media adalah serius, sambil menambah ia menunjukkan beliau tidak mampu mengendalikan dirinya sebagai pengerusi PAC.

"Rakyat mengharapkan pengerusi PAC bertindak bebas tanpa rasa takut atau pilih kasih. Ia mempunyai kesan yang besar kepada Dewan," katanya.

Pengerusi PAC Letak Jawatan?

Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin daripada Parti Amanah Negara berkata semua pihak berkepentingan dalam 1MDB perlu dipanggil jika PAC mahu menyiasat sehabis-habisnya kontroversi itu.

"Sebelum ini, kita melihat prosiding ditangguhkan dan kini, beliau secara terbuka berkata demikian. Kebebasan PAC sudah terjejas," katanya.

Gobind juga berkata terdapat cara lain meminta Hasan meletak jawatan, sekiranya beliau gagal mengambil "tindakan sewajarnya" dan berundur.

"Kami akan mengambil langkah seterusnya. Kami sedang memikirkannya," katanya.




1 comment:

  1. Ini lah yg dikatakan Melayu dh hilang maruah. Diberi amanah tapi perut sendiri juga yg dijaga.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...