Monday, 2 November 2015

Pemimpin PAS Pasti Terkejut Dengan Berita Ini?

Berikutan kenyataan Presiden Pas, Hadi Awang yang menyatakan parti itu tidak ingin merebut kuasa, sebaliknya hanya mahu menasihati BN menjadi pemerintah yang lebih baik, khususnya berkaitan 1MDB, cukai GST, perumahan dan kejatuhan nilai ringgit, pelbagai reaksi boleh lantas kedengaran.

Rata-rata bukan saja tidak percaya Pas berkemampuan berbuat demikian, malah lebih tidak percaya UMNO dan BN mahu mendengar nasihat daripada parti itu.

Dalam masa yang sama, belum kedengaran lagi reaksi positif daripada pemimpin utama UMNO dan kerajaan berhubung tawaran Pas untuk memberikan nasihat itu dan ini menandakan seolah-olah ia tidak penting untuk diberi pertimbangan.

Dalam sekian banyak reaksi dan pandangan itu, apa yang dilontarkan oleh Raja Kamarul Baharin Shah, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, paling munasabah untuk difikirkan bersama.

Beliau yang kini sudah menyertai Amanah, sama sekali tidak yakin kerajaan BN akan mendengar nasihat Pas kerana nasihat daripada Majlis Raja-Raja yang mahu masalah 1MDB diselesaikan segera pun tidak diendahkan sehingga sekarang.

"Majlis Raja-Raja mengeluarkan kenyataan rasmi bulan lepas tentang perlunya sesuatu tindakan diambil kerajaan dalam menangani masalah besar ekonomi dan keyakinan rakyat terhadap kerajaan berkaitan 1MDB.

"Sehingga ini tiada apa-apa kenyataan dan tindakan daripada kerajaan. Apakah Pas merasakan pengaruh mereka ada lebih besar berbanding Majlis Raja-Raja terhadap kerajaan?" soal beliau.

Harus diakui, dalam situasi politik semasa, memang UMNO berharap dapat mengikat Pas untuk kepentingannya mengekalkan kuasa. Tetapi UMNO hanya mahu mempergunakan Pas saja, bukan ingin mendengar apa-apa nasihat daripadanya.

Jika Pas berharap dengan berbaik itu dapat menjadikannya berperanan sebagai penasihat kepada UMNO dan kerajaan, lupakan sajalah.

Selain itu, bukan menjadi rahsia lagi bahawa penasihat utama kerajaan ialah Apco yang dilantik dan dibayar lumayan oleh kerajaan sebaik Najib mengambil alih teraju kerajaan pada 2009.

Agak-agak antara Pas dengan Apco, siapa yang menjadi pilihan Najib untuk menasihati kerajaan yang dipimpinnya? 




3 comments:

  1. Bn akan pilih amat mazlan dari pas kalau di beri pilihan.

    ReplyDelete

  2. Biarkan lebai ngan labu2 nya.

    Hentam sajelah lebai.

    Perasan nak jd penasihat.

    Menteri Kesihatan Dato Subramaniam minta YB Pasir Mas nasihatkan org kelantan dlm ceramah jgn pergi
    ke seberang (golok) utk menangani masalah hiv di kelantan.

    ReplyDelete
  3. Elok pas ni ni jadi pertubuhan kebajikan dan dakwah sahaja. Hantar lah zaharudin dgn zuhdi jadi wakil penasihat,,,,aku senyum sorang sorang....caitttt

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...