Thursday, 5 November 2015

Patutlah Tony Phua Tidak Jadi Berdebat.. Ini Sebab Yang Sebenar

Harapan rakyat negara ini untuk menyaksikan debat antara Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dengan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy, berkaitan kemelut syarikat sarat hutang itu akhirnya tidak kesampaian dan terkubur di tengah jalan.

Setelah kedua-dua belah pihak bersetuju untuk berdebat tanpa syarat, pihak lain pula yang banyak "songeh" dengan mengeluarkan pelbagai pandangan, kemungkinan malah ugutan untuk meletakkan jawatan sekiranya debat itu berlangsung juga.

Semuanya menjadikan kedudukan Tony Pua dalam PAC sebagai alasan serta hujahan untuk memberi tekanan kepadanya.

Salleh Said Keruak yang pada awalnya membenarkan RTM menyiarkannya secara langsung, turut "korner baring" di saat-saat akhir dengan mengatakan siaran langsung melibatkan Tony Pua hanya akan diadakan jika beliau berundur terlebih dahulu daripada PAC.

Dengan Tony Pua terpaksa memilih antara berdebat atau kekal dalam PAC, beliau akhirnya memutuskan untuk tidak berdebat, sebaliknya kekal dalam PAC kerana peranan dan pengetahuannya selama ini berkaitan syarikat bermasalah itu dikira penting untuk terus mencari kebenaran berkaitan dengannya.

Dan Salleh sekali lagi "korner baring" dengan mengatakan tiada siaran langsung akan disediakan kerana katanya, siaran langsung hanya untuk Tony Pua dengan Arul saja.

Mula-mula ada siaran langsung, kemudian bertukar dengan syarat jika Tony Pua berundur daripada PAC, akhirnya bertukar dengan tiada sama sekali siaran langsung. Jika benar debat 1MDB penting untuk pengetahuan rakyat, apa salahnya diteruskan siaran langsung itu.

Patutlah Najib Razak suka dengan menteri macam ini...

Meskipun berdebat dengan Arul Kanda dianggap penting, tetapi melakukan tugas menyoal dan menyiasat 1MDB atas kapasitinya sebagai anggota PAC, tentulah jauh lebih penting bagi Tony Pua dan Pakatan Harapan.

Berdebat hanyalah sekadar menunjukkan kepakaran berhujah dan membentangkan fakta, namun berperanan dalam PAC untuk mencari menyoal tentang 1MDB menjadikan tugas itu bukan saja direkodkan di Parlimen, malah menjadi keperluan untuk pengetahuan rakyat seluruhnya.

1MDB bukan saja menjadi kebimbangan rakyat, malah adik Najib sendiri iaitu Nazir Razak terus membangkitkan kesukaran untuk menarik pelabur selagi isu berkaitan syarikat tidak diselesaikan.

Dalam hal ini, Tony Pua tidak boleh dianggap seorang yang penakut untuk berdepan dengan Arul Kanda, sebaliknya kerana beliau memikirkan kemelut 1MDB lebih mustahak untuk dicari titik penyelesaiannya demi rakyat dan negara.

Sekiranya Tony memilih untuk berdebat dan terpaksa melepaskan kedudukannya dalam PAC, kemenangannya dalam debat itu juga tidak semustahak tugasnya menyoal dan menyiasat melalui jawatankuasa Parlimen itu.

Lebih merugikan jika Tony Pua memilih untuk berdebat dan Arul kemudian hanya berhujah sambil lewa sebagaimana pendedahan Muhyiddin Yassin ketika Presiden 1MDB itu hanya datang dengan "tangan kosong"  ketika memberi penjelasan kepada kabinet, maka akhirnya debat menjadi tidak bermakna dan siasatan PAC juga tidak ke mana.

Sebab itu, pilihan Tony Pua untuk berundur daripada berdebat dan kekal dalam PAC adalah pilihan yang tepat. Baginya kepentingan 1MDB kepada negara dan rakyat jauh lebih penting daripada yang lain-lainnya.

Jika benarlah  "kejantanan tidak tercabut" di pihak kerajaan, Tony Pua seharusnya dibenarkan berdebat dan dibenarkan juga terus kekal dalam PAC.

Bagaimanapun, dengan Pakatan Harapan sedang memilih pengganti Tony Pua, debat 1MDB itu tetap menarik, apatah lagi "10 soalan bocor"  sudah pun dipersiapkan oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu untuk dijawab oleh Arul Kanda dengan benar, jujur serta berdasarkan fakta kebenaran.

Yang penting, jika jawapan  dalam debat tidak memuaskan hati, Tony Pua masih ada ruang untuk menyoalnya melalui PAC pula. 





1 comment:

  1. Ahli Parlimen DAP di dalam dewan rakyat ada 37 orang, iaitu:

    P043 BAGAN - Lim Guan Eng
    P045 BUKIT MERTAJAM - Sim Chee Keong
    P046 BATU KAWAN - Kasthuriraani Patto
    P048 BUKIT BENDERA - Zairil Khir Johari
    P049 TANJONG - Ng Wei Aik
    P050 JELUTONG - Jeff Ooi Chuan Aun
    P051 BUKIT GELUGOR - Ramkarpal Singh
    P060 TAIPING - Nga Kor Ming
    P064 IPOH TIMUR - Su Keong Siong
    P065 IPOH BARAT - M. Kulasegaran V. Murugeson
    P066 BATU GAJAH - Sivakumar Varatharaju Naidu
    P068 BERUAS - Ngeh Koo Ham
    P070 KAMPAR - Ko Chung Sen
    P080 RAUB - Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz
    P102 SERDANG - Ong Kian Ming
    P103 PUCHONG - Gobind Singh Deo
    P106 PETALING JAYA UTARA - Tony Pua Kiam Wee
    P110 KLANG - Charles Anthony Santiago
    P114 KEPONG - Tan Seng Giaw
    P117 SEGAMBUT - Lim Lip Eng
    P120 BUKIT BINTANG - Fong Kui Lun
    P122 SEPUTEH - Teresa Kok Suh Sim
    P123 CHERAS - Tan Kok Wai
    P128 SEREMBAN - Loke Siew Fook
    P130 RASAH - Teo Kok Seong
    P138 KOTA MELAKA - Sim Tong Him
    P145 BAKRI - Er Teck Hwa
    P152 KLUANG - Liew Chin Tong
    P162 GELANG PATAH - Lim Kit Siang
    P163 KULAI - Teo Nie Ching
    P172 KOTA KINABALU - Wong Sze Phin@ Jimmy
    P186 SANDAKAN - Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh
    P195 BANDAR KUCHING - Chong Chieng Jen
    P196 STAMPIN - Julian Tan Kok Ping
    P208 SARIKEI - Wong Ling Biu
    P211 LANANG - Alice Lau Kiong Yieng
    P212 SIBU - Oscar Ling Chai Yew


    Tolak Tan Siew Gaw dan Tony Pua yang sedang menganggotai PAC, tinggal lagi 35 ekor lagi boleh menjadi calon untuk menggantikan Tony Pua jika dia letak jawatan dalam PAC.

    Aku faham la Tan Siew Gaw dan Tony Pua tu Phd dari Oxford.....

    Apakah pula fungsi dan kelayakan 35 ekor selain Tan Siew Gaw dan Tony Pua tu? SPM aje ke.. patut la tak ada sekor pun yang layak ganti Tony Pua dalam PAC tu

    kah kah kah kah kah kah kah

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...