Sunday, 22 November 2015

Patutlah Obama Beria-Ria Datang Malaysia.. Puncanya Terbongkar

Patutlah Obama Beria-Ria Datang Malaysia.. Puncanya Terbongkar. Kedatangan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke Malaysia hanya mempunyai satu tujuan iaitu mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak menandatangami Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TTPA).

Perkara itu ditegaskan oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. “Saya tidak fikir dia (Obama) akan mengubah atau mahukan apa-apa dari dia (Najib Razak).

“Pada Barack Obama adalah mahu Najib menandatangani TPPA,” ujarnya dalam sidang media selepas melancarkan buku hasil tulisan Datuk Zaid Ibrahim pada Jumaat.

Obama berada di Malaysia selama tiga bermula 20 November hingga 22 November bagi menghadiri sidang kemuncak AS-Asean dan Sidang Kemuncak Asia Timur.

Patutlah Obama Beria-Ria Datang Malaysia.. Puncanya Terbongkar

Ketibaan Obama itu bagaimanapun disambut dengan demonstrasi yang dilakukan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang tidak setuju mengenai perjanjian yang dianggap merugikan negara.

TPPA telah dimuktamadkan pada 5 Oktober lalu di Atlanta, Amerika Syarikat. Malaysia perlu membuat keputusan untuk menandatangani perjanjian itu selewat-lewatnya pada dua minggu pertama 2016.

Rundingan TPPA yang julung kali dilancar pada 2005, membabitkan 12 negara iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, AS dan Vietnam.




1 comment:

  1. You sign you mati, you tak sign you mati jugak. Maksudnya itu, menanti untuk rakyat Malaysia...Segala bagai dalam cengkaman.........fullstop.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...