Friday, 20 November 2015

Patutlah Debat Husam Musa vs Mustafa Ali Disekat.. Ini Puncanya?

Patutlah Debat Husam Musa vs Mustafa Ali Disekat.. Ini Puncanya? Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali tidak dimaklumkan atau ditanya berhubung cadangan debat beliau dengan bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa sama ada ia disekat atau turut diberikan “gag order” seperti dikatakan setiausaha agung parti.

Manakala, Husam pula ketika dihubungi hanya ketawa besar dengan arahan dikeluarkan Datuk Takiyudin Hassan di Parlimen terdahulu hari ini.

"Saya tidak diberitahu dan dihubungi sesiapa untuk membatalkan debat ini," kata Mustafa ketika dihubungi The Malaysian Insider mengenainya.

"Kah kah kah. Bila dia kata?" soal Husam pula ketika ditanya melalui pesanan WhatsApps mengenai “gag order” itu.

Husam memberikan 2 senario kenapa perkara itu mungkin berlaku.

"Ia sama ada Cikgu Pa bersandiwara atau Cikgu Pa dan Takiyudin tidak sejalan," tulis Husam kepada The Malaysian Insider, merujuk panggilan mesra untuk Mustafa.

Mustafa hari ini membuat satu kenyataan rasmi dan disiarkan melalui lidah rasmi PAS, Harakahdaily yang beliau bersetuju bersemuka dengan Husam.

Patutlah Debat Husam Musa vs Mustafa Ali Disekat.. Ini Puncanya?

Dalam kenyataan itu, Mustafa berkata tajuk perdebatan mereka ialah mengenai tuduhan Husam yang presiden parti sejak pilihan raya umum (PRU) ke-12 tahun 2008 sudah berusaha membawa PAS bersatu dan bergabung dengan Umno.

"Tugas beliau ialah untuk membuktikan tuduhan tersebut. Tugas saya ialah sebaliknya," kata Mustafa dalam kenyataannya itu.

Sebelum ini Husam dalam satu sesi dialog di Kota Baru mendakwa, Mustafa terlibat dalam rancangan PAS mahu bekerjasama dengan Umno.

Husam berkata, beliau pernah menghantar satu pesanan ringkas (SMS) kepada Mustafa dan bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa yang ketika itu katanya sedang berunding dengan beberapa pemimpin Umno.

Patutlah Debat Husam Musa vs Mustafa Ali Disekat.. Ini Puncanya?

"Runding apa dengan Umno tu?" tulis Husam kepada mereka berdua yang baru memulakan mesyuarat dengan pemimpin Umno di sebuah hotel di Kuala Lumpur selepas PRU 2008 lalu.

Takiyudin pada sidang medianya di lobi Dewan Rakyat hari ini memaklumkan tentang “gag order” tersebut.

"Kita tak mahu sebarang debat dan dialog di luar parti. Kita tidak akan benarkan mana-mana pihak menganjurkan debat antara mereka.

"Ini adalah arahan 'gag order' yang dikenakan kepada semua melibatkan pimpinan termasuk Husam, Mustafa dan penganjur," katanya.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...