Monday, 23 November 2015

PAS Pulau Pinang Makin Haru Biru?

Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang hari ini mengarahkan semua 1,083 ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dari parti itu di negeri ini meletakkan jawatan berkuatkuasa serta-merta.

Pesuruhjaya PAS negeri Muhammad Fauzi Yusof berkata surat arahan meletakkan jawatan dan menamatkan perkhidmatan sebagai ahli JKKK itu akan diedarkan dalam tempoh terdekat dan semua ahli terlibat diminta untuk mematuhi arahan itu.

"Kami mengambil keputusan untuk memberhentikan semua ahli PAS yang berkhidmat di dalam JKKK dalam semua kuota, kuota DAP, kuota PKR mahupun kuota campuran. Semua kita akan berhentikan.

"Kita tak izinkan mereka (kerajaan negeri) mengambil ahli kita untuk dimasukkan dalam senarai JKKK. Kita tidak mahu ahli JKKK PAS Pulau Pinang ini terus dimanipulasikan termasuk bagi memenuhi kuota JKKK di kawasan PKR dan DAP," katanya pada sidang media di Markas PAS Pongsu Seribu, di Kepala Batas hari ini.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas kerajaan DAP Pulau Pinang banyak menyinggung perasaan umat Islam termasuk isu hukum hudud, pemecatan pihak berkuasa tempatan dari PAS dan isu pemberian dana sekolah agama rakyat di negeri ini.

"Keputusan ini dipersetujui oleh majoriti anggota JKKK PAS Pulau Pinang selepas mengadakan dua pertemuan dengan mereka. Kebanyakan mereka mahu dan bersedia untuk meletakkan jawatan. Jadi, dengan sidang media ini tidak jadi keberatan untuk mereka meneruskan niat itu," katanya.

Fauzi turut mempersoalkan tindakan kerajaan negeri memecat 300 ahli JKKK dari PAS di Kepala Batas dan mendakwa maklumat berkenaan adalah tidak tepat.

"Mengapa hanya pecat 300 orang sahaja. Adakah yang dipecat itu hanya dalam kuota PAS sahaja sedangkan ahli PAS yang berkhidmat dalam JKKK ini berada dalam kuota DAP, PKR dan kuota campuran. Jadi kenapa pecat 300 orang.

"Hasil daripada pemecatan tersebut kita dapati bahawa JKKK daripada kalangan ahli PAS itu ada yang tidak menerima notis pemecatan. Hanya beberapa orang sahaja yang menerima notis pemecatan. Jadi mana 300 orang yang didakwa dipecat.

"Kemudian ada yang mendapat notis pemecatan daripada Setiausaha Kerajaan Negeri yang bertarikh 11 November 2015 dan kenyataan (Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mohd Rashid Hasnon) kata notis pemecatan berkuatkuasa pada 15 November 2015. Tapi keputusan mesyuarat kerajaan negeri pula kata berkuatkuasa pada 4 November 2015, dari segi tarikh pun kerajaan negeri buat pembohongan," katanya.

Mengulas mengenai status wakil tunggal PAS Datuk Mohd Salleh Man dalam kerajaan negeri berikutan pengisytiharan parti itu sebagai pembangkang di negeri ini, Fauzi berkata beliau akan mengadakan perjumpaan dengan ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir itu dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya menyerahkan kepada PAS pusat untuk membuat keputusan berhubung status Salleh.

"Saya sudah menghubungi beliau dan meminta untuk menetapkan satu tarikh pertemuan. Kita akan menasihati beliau mengikut etika dan adab di dalam parti," katanya.

Beliau berkata sebagai seorang ahli PAS Salleh seharusnya istiqamah dalam perjuangan PAS dan mengingati lafaz bai'ah yang dibuat ketika mula-mula menjadi ahli parti itu.



5 comments:

  1. Baru boleh kenai sapa masih petai dan siapa dah jadi oren ;)

    ReplyDelete
  2. Nak jadi ahli Pas kena baiah dulu .ada ke? sejak aku masuk jadi ahli pas takda baiah pun .kau ni pandai buat cerita ye,nak ugut Saleh ke? Saleh tu lebih bijak berpolitik dari kau semua.kau semua ni hanya taksub buta dan bodoh dalam berpolitik ,cuma ada dendam .dan benci pada DAP kerana katanya DAP menghina islam ,Woi mangkuk hayun .kalau DAP menghina Islam mengapa Kat Selangor ni masih tidur sekelambu dengan DAP ,makan pun masih semngkuk ,kan bodoh namanya.kalau ada maruah arahkan presiden kau supaya Pas keluar dari tadbir Selangor.

    ReplyDelete
  3. Apa yg haru birunya?.. bila x berhenti, kata kita tamak jawatan.. bila berhenti kata kita haru biru..

    Selagi kitaorg x tunduk pd dap mcm korang selagi tu korang x puashati kan? Kih kih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...islam ko islam BERPILIH..kat selangor banyak "HARTA" ko boleh tidor sebantal dgn DAP,tapi kat Penang ko nak "ACTION" ahli tak seberapa ramai ada satu DUN,tapi berlagak macam ada 10 DUN,dah la tu tak ada maruah langsung tunggu orang "PECAT"Sudah la mamat,kat terengganu/kedah..ko mana ingat kawan2 sekurang2nya DAP bagi lebih 1000 ahli ko kerja...MANGKUK AYUN PUNYA pas.

      Delete
  4. yg pi nk kawan ngan bn tu nk ke hudud.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...