Monday, 23 November 2015

Najib Menggelupur Dengar Berita Gempar Ini?

Najib Menggelupur Dengar Berita Gempar Ini?Ketua-ketua UMNO cawangan di seluruh negara merancang mengadakan perhimpunan besar-besar bulan hadapan bagi mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan.

Ketua UMNO Cawangan Taman Port Dickson Utama, Mohd Isa Mohd Yasin berkata, kira-kira 5,000 ketua cawangan telah menyatakan sokongan itu dan yakin satu perempat ketua UMNO cawangan menyokong rancangan itu. Katanya, mereka belum menetapkan lokasi perhimpunan itu.

“Tindakan kami ini tidak didorong oleh mana-mana pihak, sebaliknya atas kesedaran sendiri untuk mengembalikan hak bersuara dalam UMNO kepada yang benar-benar berhak iaitu ketua UMNO cawangan sebagai akar umbi supaya parti dapat diselamatkan,” katanya yang dipetik daripada Sinar Harian.

Mohd Isa berkata demikian kepada media selepas mengadakan mesyuarat bersama 34 ketua UMNO cawangan bagi mendesak secara terbuka Najib meletak jawatan sebagai Presiden UMNO di Port Dickson, pada Sabtu.

Ketua UMNO cawangan itu dari Negeri Sembilan, Selangor, Johor, Perak dan Sabah.

Mohd Isa berkata, 34 ketua UMNO cawangan itu sebulat suara mendesak Najib meletak jawatan kerana sudah hilang kepercayaan terhadap kredibiliti pemimpin itu.

Najib Menggelupur Dengar Berita Gempar Ini?

Katanya, semasa peralihan jawatan antara Tun Abdullah Ahmad Badawi kepada Najib, mereka memberikan sokongan penuh, di samping meletakkan harapan tinggi.

“Namun, apa yang berlaku hari ini tidak seperti mana yang diharapkan dan sudah ramai yang sangsi dengan UMNO.

“Kita mahu parti tidak mengambil sebarang tindakan disiplin terhadap Timbalan Presiden, Naib Presiden, ketua cawangan atau mana-mana ahli UMNO yang tampil membuat kritikan kepada parti,” katanya.

Sebelum ini, sebanyak 13 ketua UMNO cawangan di Teluk Kemang dan 20 ketua cawangan di Sepang membuat desakan terbuka agar Najib meletak jawatan.



5 comments:

  1. Kpd rakan PH:
    Minta jauhi blog omak kau. Admin bersikap bias selain ruangan komen penuh dgn fitnah, adu domba dan mencarut. Mohon jauhkan diri kita drp dosa.

    ReplyDelete
  2. Kpd rakan PH:
    Minta jauhi blog omak kau. Admin bersikap bias selain ruangan komen penuh dgn fitnah, adu domba dan mencarut. Mohon jauhkan diri kita drp dosa.

    ReplyDelete
  3. Jom boikot omak kau

    ReplyDelete
  4. eaya pun sudah lama tidak mengikuti blog OOOOOOOO<<<<<<<<<<mak kau . sejak kerisis menteri besar selangor, kalau tidak setuju sekalipon usahlah berlebihan ,takut nanti mehjilat kata/kata .sendiri .yelah banyak terjadi kapada refomasi refamasi yang menjilat katakata sendiri ...........

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...