Monday, 9 November 2015

Mukhriz Sedia Letak Jawatan Jika..

Mukhriz Sedia Letak Jawatan. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sedia melepaskan jawatan yang disandangnya dengan bersyarat.

Beliau akan berbuat demikian sekiranya rakyat Negeri Jelapang Padi itu tidak lagi menyokongnya.

“Namun jika dirasakan masih bersama saya, mohon semua pihak memberi kerjasama dalam pentadbiran saya untuk memastikan kita tetap mentadbir negeri ini hingga selepas Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) nanti,” katanya yang dipetik daripada Sinar Harian.

Pengerusi UMNO Kedah itu berkata demikian bagi mengulas mengenai viral yang dimuat naik pemilik akaun Edisi Siasat yang memyebut ‘Alhamdulillah YAB DS MM sedia berundur sebagai MB Kedah demi kelangsungan UMNO’.

Mukhriz Sedia Letak Jawatan

Status tersebut menjadi viral di Facebook selepas beliau menghadiri perjumpaan tertutup bersama pemimpin UMNO Kedah dan UMNO Pusat di Dewan Seri Mentaloon.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...