Friday, 13 November 2015

Menteri Akan Dedah Punca Banjir Lumpur Karak Highway?

Menteri Akan Dedah Punca Banjir Lumpur Karak Highway? Punca  banjir lumpur di Km 52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dijangka diketahui dalam tempoh 2 minggu.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keputusan tentang perkara itu akan dimaklumkan selepas pakar selesai membuat kajian terperinci.

"Tunggu pakar kita selesai buat siasatan, kawasan yang terlibat sehingga 2 kilometer ke dalam, jadi mungkin ambil masa sehingga 2 minggu untuk buat dokumentasi," katanya selepas meninjau operasi pembersihan kejadian tanah runtuh di lebuh raya berkenaan sebelum melakukan tinjauan udara hari ini.

Katanya, berdasarkan laporan awal daripada pemegang konsensi lebuh raya berkenaan Anih Berhad, terdapat “aktiviti” di tengah hutan menyebabkan ada aliran air yang membawa segala bahan seperti serpihan kayu, batu dan balak sehingga melimpah masuk ke lebuh raya. 

Menteri Akan Dedah Punca Banjir Lumpur Karak Highway?

Masih terlalu awal untuk mengaitkan kejadian itu dengan aktiviti pembalakan selagi siasatan belum selesai dijalankan.

"Saya kira ada beberapa perancangan kita akan lakukan di bawah kementerian di mana kita akan duduk berbincang bersama pegawai daerah, JKR Pahang dan kerajaan negeri untuk mengetahui punca sebenarnya.

Menteri Akan Dedah Punca Banjir Lumpur Karak Highway?

"Kita akan mencari resolusi terhadap perkara ini demi kelestarian masa depan infrastruktur terhadap alam sekitar kepada keadaan sekeliling termasuk aktiviti pembalakan dan pembangunan di tanah tinggi di mana kita mesti mematuhi garis panduan yang ditetapkan kerajaan persekutuan," katanya.

No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...