Friday, 13 November 2015

Lagi Berita Tanah Runtuh Karak Highway

Lagi Berita Tanah Runtuh Karak Highway. Kerja-kerja pembersihan di kawasan tanah runtuh Km52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak selesai pada pukul 3.20 pagi tadi.

Pemegang konsesi lebuhraya itu, Anih Berhad dalam kenyataannya bagaimanapun memaklumkan laluan kedua-dua hala masih ditutup kepada semua kenderaan sehingga dimaklumkan kelak atas faktor keselamatan. 

Kenyataan itu menambah setakat ini, hanya kenderaan yang terkandas antara Selesa Hillhomes dan Plaza Tol Bentong yang dibenarkan melalui lebuh raya itu.

Sementara itu, Ketua Polis Bentong Superintendan Mohamad Mansor Mohd Noor pagi ini mengesahkan jalan lama Gombak-Bentong juga tidak boleh dilalui kerana terdapat tanah runtuh dan pokok tumbang di beberapa lokasi.

"Pengguna jalan raya yang berhajat dari Gombak ke Bentong dinasihatkan berpatah balik dan tidak melalui jalan ini.

"Kerja pembersihan kini giat dijalankan dan perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya.

Lagi Berita Tanah Runtuh Karak Highway

Kejadian tanah runtuh berhampiran Lentang-Bukit Tinggi pada pukul 6.30 petang semalam menyebabkan sebahagian lebuh raya dari kedua-dua arah tidak boleh dilalui, namun tiada kehilangan nyawa dilaporkan.

Hanya 3 buah kenderaan persendirian dan sebuah lori angkut terkandas di kawasan itu, namun kesemua pemilik kenderaan berjaya diselamatkan.




1 comment:

  1. Pembalakan tidak terkawal hanyalah perkara susulan sahaja dan tanah runtuh adalah kesan akhirnya. Punca asasnya ialah, manusia sudah terlupa yang mereka (yakni yang Islam dan yang terikutkan cara kafirun) sedang diuji dengan kelazatan dan nikmat dunia lalu lupa untuk bertasbih mengingati Tuhannya. Langsung mengabai penciptanya kerana kejar nikmat dunia yang sebenarnya ujian semata-mata. Itu lah punca sebenarnya. Yang lain2 itu hanyalah menjadi kesan sahaja. Wallahua'alam.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...