Saturday, 14 November 2015

Kontroversi YAPEIM Terdedah Lagi

Kontroversi YAPEIM Terdedah Lagi. Selepas beberapa kontroversi dalam pentadbiran sebuah yayasan di bawah Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) hari ini mendedahkan, pihak berkenaan turut menggunakan wang daripada tabung anak yatim bagi membiayai perbelanjaan seorang menteri dan isterinya di Amerika Syarikat (AS).

Pengarah NOW, Akmal Nasir mendakwa satu rombongan diadakan 21 Mei hingga 29 Mei 2014, turut melewati bandar Washington DC, Minnesota dan Iowa.

Beliau memberitahu satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini, pembayaran lawatan bagi perbelanjaan menteri dan rombongannya itu dibuat melalui sebuah institusi di bawah kawalan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (Yapeim).

"Lebih mendukacitakan, pembayaran itu dibuat melalui institusi kawalan Yapeim iaitu Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (Pemangkin) yang mana duit itu adalah khusus untuk kegunaan bantuan anak yatim dan miskin," katanya.

Akmal mendedahkan jumlah keseluruhan perbelanjaan diambil daripada tabung anak yatim dan miskin bagi menampung perbelanjaan menteri bersama isteri serta rombongan itu dianggarkan RM410,978.56.

"Walaupun perjalanan tersebut untuk tujuan 'Pemantapan dan Pemerkasaan' Kelab Santun Yapeim, namun ia bersifat suka ria dan langsung tiada amal jariah," katanya.

Kontroversi YAPEIM Terdedah Lagi

Akmal pada sidang media itu mendedahkan antara aktiviti rombongan tersebut termasuk majlis keraian menteri (golf), jamuan promosi (keraian VVIP) dan lawatan 4 hari pada 22, 23, 26 dan 27 Mei 2014 ke Leesburg Outlet + OT.

Pihaknya, katanya, memeriksa destinasi tersebut dan mendapati ia sebuah pusat membeli-belah 'upscale outlet' barangan berjenama yang terletak di Washington DC.

"Ia dikunjungi rombongan menteri tersebut sebanyak 4 kali di mana perbelanjaan pengangkutan sahaja mencecah RM5,908.35.

"Saya pasti pendedahan ini menjangkau imaginasi rakyat Malaysia.

"Bagaimana satu badan disalahgunakan untuk aktiviti menteri seperti golf, ke pusat membeli belah dan sebagainya?" soalnya.

NOW turut melampirkan bukti invois yang menunjukkan yayasan tersebut membayar sejumlah wang mencecah RM400,000 untuk kos keseluruhan rombongan tersebut.

"Itu duit anak yatim. Ramai yang keluar negara atas urusan rasmi, tetapi bila gunakan duit untuk program santai, ia di luar matlamat, dan itu salah.

"Tindakan menteri itu melampau dan mengkhianati agama, bangsa dan negara," katanya.

Kontroversi YAPEIM Terdedah Lagi

Justeru, badan bebas itu mendesak agar satu siasatan menyeluruh dijalankan, di mana setiap perbelanjaan yayasan tersebut disemak dan diedit secara terbuka.

"Siasatan ini juga perlu mengesan jumlah wang yang hilang akibat ketirisan, kebocoran dan salah guna kedudukan," kata Akmal.

The Malaysian Insider ketika ini sedang mendapatkan respons dari menteri yang terbabit dan pihak yang berautoriti di Yapeim.

Ini merupakan pendedahan kali keempat dakwaan salahguna wang rakyat timbul yang melibatkan yayasan di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri itu.

Sebelum ini, NOW mendedahkan ia terlibat menggunakan dana yayasan itu bagi aktiviti berkaitan pilihan raya kecil (PRK) Rompin tahun ini.




2 comments:

  1. UMNo dan konco2nya akan rembat apa saje..lagipun mana ada mufti yang berani nasihat mereka..kalau adapun sorang dua..setakatni yang agak kritikal cuma Mufti WP, Penang dan Perlis...yg lain masih berzikir barangkali...

    ReplyDelete
  2. Selama ni kita bersangka baik, sesiapa yg masih membuat potongan gaji pastikan anda memberhentikan dengan segera.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...