Friday, 27 November 2015

Kevin Morais Terima Anugerah

Bekas timbalan pendakwa raya Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Kevin Anthony Morais menerima anugerah Anumenta sempena Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah, yang pertama kali disambut selepas pertabalan baginda sebagai Sultan Perak XXXV.

Mendiang menerima pingat Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa kepada gelaran Datuk.


Sementara Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengetuai senarai 702 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat pada majlis hari ini.

Zahid adalah penerima pertama Darjah Seri Paduka Sultan Nazrin Shah (SPSN) yang membawa gelaran Datuk Seri Diraja.

Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan pada sidang media di pejabatnya di Ipoh semalam berkata SPSN diperkenal buat pertama kali pada tahun ini, sebagaimana dilaporkan Bernama.

Manakala Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah Zainuddin adalah antara 5 penerima Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Penerima lain ialah Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaya Tan Sri Arsyad Ayub, Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Datuk Ranjit Singh.Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Nor pula dianugerah SPTS yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima.

Istiadat penganugerahan darjah kebesaran berlangsung di Balairong Seri, Istana Iskandariah, Kuala Kangsar hari ini dan akan disambung pada 12 Disember serta 19 Disember.

Puhat berkata upacara itu dimulakan dengan Istiadat Mengadap Sembah Taat Setia diikuti Istiadat Penyembahan Kembali Baur dan Istiadat Menjunjung Duli.






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...