Monday, 30 November 2015

Kenyataan Mengejutkan Dari Mulut Muhyiddin

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakannya menyuarakan berkenaan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang RM2.6 bilion yang didepositkan ke akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dibuat kerana mewakili suara ahli parti di Pagoh sehingga dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri dan menteri pendidikan. 

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau bersuara berkenaan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang RM2.6 bilion yang didepositkan ke akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana tidak mahu menanggung dosa jika mendiamkan diri.

Timbalan presiden Umno itu berkata, tindakannya itu yang dibuatnya kerana mewakili suara ahli parti di Pagoh sehingga dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri dan menteri pendidikan.

Mempersoalkan tindakan menghalangnya daripada merasmikan mesyuarat sayap Umno pada perhimpunan agung akan datang, Muhyiddin mengatakan bersedia menghadapi kemungkinan dipecat daripada parti kerana terus bersuara dalam isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion.

Mereka kini mengenakan tindakan terhadap saya dengan tidak membenarkan saya berucap pada perhimpunan Umno."Adakah beliau takut dengan seorang individu sehingga melanggar tradisi parti dengan tidak membenarkan seorang timbalan presiden berucap?

"Beliau kata ada sokongan 3 juta ahli tetapi anda di Pagoh, anda sokong beliau?" katanya sewaktu berucap di Pagoh, Johor merujuk kepada Najib seperti dilaporkan Malaysiakini."Saya sedar tindakan dan ucapan saya akan menyebabkan orang tertentu marah tetapi saya senang hati orang Pagoh bersama-sama saya. 

Tiada sesiapa hidup selama-lamanya dan saya tidak boleh menanggung dosa jika saya diam."Jika mereka mahu singkirkan saya silakan tetapi jangan lupakan sumbangan saya selama 36 tahun," katanya seperti dilaporkan Malaysiakini.

Beliau turut bertanya jika Umno Pagoh bersedia menerima wakil rakyat bebas dan pertanyaan itu disambut sorakan daripada hadirin majlis."Apa yang saya lakukan adalah bersuara demi untuk menyatakan apa yang saya rasakan benar. 

"Apa pun diharapkan janganlah buat begitu kepada ahli yang sudah berpuluh tahun berkorban untuk parti," katanya seperti dilaporkan Bernama.Muhyiddin berkata walau apa pun yang berlaku, beliau tetap merupakan ahli Umno yang setia kepada parti.

"Biarlah dicincang dan dipancung, saya tetap (setia pada) Umno," katanya seperti dilaporkan agensi berita nasional itu.







1 comment:

  1. Bila keretakan itu dah memecah maka macam-macamlah yang keluar lantaran mencuit semuanya serba tak kena seolah-olah dia yang lebih benar dan mengetahui segalanya, tapi ternyata ia amat terlambat. Inilah kesan yang merugikan semua pihak. Apa guna bijak pandai tapi memandai-mandai, dan selama ini ia pandai bergerak dalam samar tapi hajat tak kesampaian. Apa guna berpolitik tapi jengkel dan saling nak jatuh menjatuhkan.Yang rugi ialah penyatuan bangsa yang tidak sekuat mana hanya kerana sikap nak jadi bijak tapi masaalah tetap berlarutan tanpa noktah. Kalau kapal dua nakhoda tidaklah kesampaian destinasinya, tapi yang ini bukan dua tapi lebih dan terlalu berlebih. Akibatnya adalah sokong menunggu rebah !

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...