Wednesday, 18 November 2015

Husam Musa Buat Kejutan Lagi

Husam Musa Buat Kejutan Lagi. Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa hari ini menyatakan persetujuan berdebat dengan pengarah pilihan raya parti itu Datuk Mustafa Ali, yang disifatkan sebagai guru politiknya.

"Saya setuju debat dengan siapa saja, termasuk Cikgu Pa. Sedikit sebanyak, adalah juga pengalaman saya berdebat lebih kurang.

"Berpeluang berdebat dengan guru politik sehebat beliau tentunya satu penghormatan pada saya," kata Husam dalam satu kenyataan.

Semalam, Mustafa dilaporkan mengajak Husam bersemuka dengannya dalam satu majlis terbuka bagi mendedahkan kebenaran mengenai cerita lama yang dibangkitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu.

Husam Musa Buat Kejutan Lagi

Beliau turut mencadangkan pertemuan itu perlu melibatkan penyertaan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad, yang turut dikaitkan Husam sebagai salah seorang pemimpin PAS berjumpa dengan Umno sebagai usaha menyatukan 2 parti itu beberapa tahun lalu.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...