Thursday, 12 November 2015

Husam Musa Dedah Lagi..

Bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa hanya akan menjawab dakwaan beliau dan isteri menerima ugutan bunuh dalam sesi dialog malam esok, 13 November.

Ketika ditanya The Malaysian Insider, apakah benar beliau menerima ugutan bunuh dan membuat laporan polis mengenainya, Ahli Dewan Undangan Negeri Salor, Kelantan itu hanya menghantar semula poster dialog itu melalui WhatsApp.

Malam esok, beliau akan berdialog dengan orang ramai dalam majlis "Dialog: Demo Tanya, Ambo Jawab" yang akan diadakan di Dewan Kelab Suara Muda, Kota Baru, Kelantan.

Dialog ini juga akan disiarkan secara langsung melalui televisyen Internet, Youtube mulai jam 9 malam.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Salahudin Ayub yang juga teman rapat turut mendakwa Husam Musa memaklumkan kepada beliau yang isterinya, Datin Rohana Abd Rahman menerima ugutan bunuh menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

"Dua hari lalu, menerusi panggilan telefon, beliau maklumkan isterinya menerima mesej berbaur ugutan bunuh.

"Beliau (Husam) berada di balai polis untuk membuat laporan polis," kata Salahuddin kepada sebuah portal berita.

Politik Kelantan semakin panas ekoran penubuhan Amanah dan pelancaran Pakatan Harapan di Kelantan beberapa hari lepas.

Tayar kereta dinaiki Salahudin meletup ketika dalam perjalanannya ke lapangan terbang Kota Baru yang dipercayai akibat perbuatan khianat kerana didapati kesan torehan pada tayar.

Pada dialog malam ini, Husam juga akan menjawab saranan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mahfudz Mohamad agar beliau meninggalkan parti Islam itu selepas tidak seiringan dengan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Rakan-rakan beliau sudah tinggalkan PAS dan menubuhkan Amanah, Datuk Husam Musa pun sama seperti rakan-rakannya, dia tewas dalam pemilihan dulu.

"Kalau tak puas hati dengan Tok Guru (Abdul Hadi Awang) atau PAS, sepatutnya beliau sama-sama keluarlah mengasaskan Amanah. Tapi (Husam) tak (pula) keluar. Saya pun tak tahu apa strateginya," katanya sebagaimana dilaporkan satu portal berita.

Husam Musa sebelum ini mencadangkan agar Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengambil alih tempat Hadi selaku presiden.

Ini kerana, banyak kenyataan dibuat Hadi dianggap seolah-olah “buang tabiat” dan mengelirukan ahli PAS seluruh negara termasuk kawasan yang diketuai, Kubang Kerian.

Husam Musa juga mendakwa Hadi mengaku mahu membentuk kerajaan bersama Umno di Selangor dengan cara memujuk ahli Dewan Undangan Negeri PKR menyertai PAS.




3 comments:

  1. Pengaruh taliban dan menyerap dlm pas?

    ReplyDelete
  2. Kan aku dah kata...
    hj hadi ni setaraf dgn yaser arafat..
    dah tua....buat u-turn dlm perjuangan
    strategi perjuangannya dah tak sesuai..

    ReplyDelete
  3. Memanglah ketua Dewan Ulamak tak tahu strategi Husam. Awak tu buka kitab dan mengajar memanglah pakar tapi bab politik hancus!! Saya sudah banyak kali tulis supaya tuan presiden dibawa berubat. Pergi jumpa pakar sakit jiwa sebelum terlambat!!

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...