Friday, 13 November 2015

Husam Musa Bongkar Rahsia PAS Lagi..

Husam Musa Bongkar Rahsia PAS Lagi.Datuk Husam Musa mendedahkan Pas bertanggungjawab mendesak supaya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ditukar sebagai Menteri Besar Selangor untuk digantikan dengan pemimpin lain.

Bekas Naib Presiden Pas membuat pendedahan itu menerusi satu rakaman video ceramahnya yang diviralkan dan dikongsi di Facebook.


Beliau mendakwa, pemimpin Pas menghantar surat kepada PKR meminta supaya Khalid ditukarkan dengan alasan beliau tidak mendengar arahan parti.

Katanya, Pas bimbang jika Khalid terus kekal, perkara sama yang yang berlaku di Kedah akan berulang semula.

Husam bagaimanapun tidak menyebut siapakan pemimpin Pas yang membuat desakan supaya Khalid ditukar.

“Ini mustahak dari segi rekod supaya kita tidak fitnah sewenang-wenangnya kepada mereka (PKR dan DAP). Bukan kita nak membela mereka tetapi sebagai orang Islam, kita diseru berlaku adil kepada kawan dan lawan.

“Kita (Pas) tulis surat kepada PKR minta Khalid ditukar. Bukan kerana dia rasuah tetapi kerana dia tidak dengar pandangan-pandangan parti yang diberi melalu majlis (Majlis Presiden),” katanya.

Katanya, selepas beberapa kali Pas membuat desakan supaya Khalid ditukarkan, akhirnya PKR membawa perkara itu dalam Mesyuarat Biro Politik.

Husam Musa Bongkar Rahsia PAS Lagi


Husam menegaskan, Pas terpaksa membuat desakan itu untuk memastikan Pakatan Rakyat terus berkuasa di Selangor kerana jika kalah peluang untuk menang semula amat tipis.

“Nak rampas balik (Selangor) wallahualam, mungkin sepenggal, dua penggal, tiga penggal, empat penggal, lima penggal atau tak dapat balik, sampai kita mati,” katanya.

Beliau berkata, menukar Menteri Besar bukan menjadi kesalahan kerana jawatan itu bukan untuk dipegang sampai mati.

Pimpinan Pas sebeum ini menyalahkan PKR dan DAP kerana menukar Menteri Besar Selangor yang menjadi punca keretakan hubungan dalam Pakatan Rakyat.

Malah, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilapor menyalahkan DAP yang didakwa mengkhianati janji sehingga terkuburnya Pakatan Rakyat.




8 comments:

  1. dedahkan je sapa. salah tetap slh x kira parti apa. jgn tak nak dedah disebabkan takut kena saman fitnah pulk. huhu

    ReplyDelete
  2. Mungkin saranan itu telah dibuat sblm pru13 lagi.. namun bila dah menang pkr masih lg membiarkn khlaid terus jd mb, maka pas terpaksa akur.. dan terpaksa mempertahankn khalid kerana sultan selangor sudah selesa dgn khalid yg terbukti berjaya memercu negeri selangor sehingga mampu membuat simpanan lebih 2 billion ringgit..

    ReplyDelete
  3. Mungkin saranan oleh pas agar ditukarkan khalid sbg mb selangor itu telah dibuat sblm pru13 lagi.. namun bila dah menang pru 13, pkr masih lg mengekalkan khalid, maka pas terpaksa akur.. dan terpaksa mempertahankn khalid kerana sultan selangor sendiri pun sudah selesa dgn khalid yg terbukti berjaya memercu negeri selangor sehingga mampu membuat simpanan lebih 2 billion ringgit..

    ReplyDelete
  4. TGHH mahu orang PAS menjadi MB Selangor?

    ReplyDelete
  5. Teruk betul perangai pemimpin PAS..bagus Husam ..dedah lagi..

    ReplyDelete
  6. Taknak komen ke ulasan aku?.. Maknanya terbukti betullah tu dan korang x leh terima kenyataan..

    Bagaimanapun, aku sokong husam terus berusaha 'jatuhkan' TGHH kerana sejak sebelum muktamar, G18 dah cuba dan sehingga sekarang masih gagal.. husam ni cuma menyambung jer kerja2 PAN.. tapi nampaknya masih belum berkesan.. kesian jgk dioarg ni.. tapi tujuan aku sokong tu sbb aku suka nak tunjuk kat korang yg semakin kuat TGHH ditekan semakin teguh kita di belakang TGHH.. Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  7. Husam dan g18 adalah pencatur yang bijak. Begitu juga mahfuz... Hemat saya kita tak perlu walak sangat pada manusia. Jika terlalu walak akan jadi takbur tak kiralah tg ke atau siapa. Sokong manusia ketika dia ok bila dah tak ok tinggalkan aja. Bukan susah.

    ReplyDelete
  8. bawa isu lain lah plak..isu tu dah lapuk

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...