Wednesday, 4 November 2015

Gani Patail Mula Pecah Lubang?

Bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail hadir pada satu forum anjuran Majlis Peguam malam ini, bagi membincangkan mengenai Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).

Ini merupakan ucapan pertamanya di khalayak sejak beliau digugurkan daripada jawatan itu pada akhir Julai lalu.

Beliau akan menyertai Presiden Majlis Peguam Steven Thiru dan peguam Amer Hamzah Arshad untuk perbincangan bertajuk "Sosma – Musang Berbulu Ayam?" yang berlangsung di Auditorium Raja Aziz Addruse di Bangunan Straits Trading di Kuala Lumpur.

Moderator forum itu ialah peguam Andrew Khoo.

Gani Patail, yang berkhidmat sebagai peguam negara selama 13 tahun dari 2003, disingkirkan dari pejabatnya secara mengejut pada 27 Julai ketika beliau masih menganggotai pasukan petugas khas pelbagai agensi yang menyiasat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang AS$700 juta (RM2.6 bilion) yang disalurkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kira-kira 150 orang memenuhi auditorium ketika ini, menunggu untuk mendengar ucapan Gani yang dijangka mengumumkan pendiriannya mengenai undang-undang kontroversi yang asalnya dirangka untuk mencegah keganasan, tetapi baru-baru ini didakwa digunakan terhadap dua pengkritik 1MDB.

Hadirin malam ini termasuk ahli Majlis Peguam, ahli masyarakat sivil dan sebilangan besar anggota media.

Gani Patail diiringi ahli panel lain ketika melangkah masuk ke dalam dewan yang penuh sesak itu.

Suasana sepi ketika itu sambil jurugambar dan hadirin lain mengambil kesempatan merakam gambar bekas peguam negara itu, yang sehingga kini masih belum bersuara mengenai pemecatannya yang secara tiba-tiba itu.

Gani Patail dijadualkan mengambil giliran terakhir berucap dalam forum itu, selepas Steven dan Amer.





1 comment:

  1. Kat malaysia ni mudah masa dalam kerajaan dia la petualang rakyat.... bila dah pencen nak cuci nama mudah saja berbaik-baik dgn gabungan gabungan yang menyebelahi rakyat... terus kata dia tu pejuang rakyat... you can name it start from ex PM... ex KPN ex Menteri.... the latest one is gani patail... mudah mudah... mudah sungguh jiwa rakyat di beli...

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...