Thursday, 12 November 2015

Gambar Dan Video Sekitar Tanah Runtuh Di Lebuhraya Karak

Gambar Dan Video Sekitar Tanah Runtuh Di Lebuhraya Karak. Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak pada masa ini tidak boleh dilalui pengguna jalan raya di kedua-dua hala akibat tanah runtuh yang berlaku di Kilometer 52.4.

Setakat ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor mengesahkan, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian jam 7 malam itu.

Bagaimanapun, jabatan itu melaporkan, 5 kenderaan termasuk sebuah treler, terbabit dalam kejadian tanah runtuh itu, namun 9 orang di dalam kenderaan tersebut berjaya melarikan diri sebelum pasukan penyelamat tiba di tempat kejadian.

Dalam tweet Lembaga Lebuhraya Malaysia malam ini, ia melaporkan kerja pembersihan masih sedang dijalankan dan mencadangkan laluan alternatif yang boleh digunakan pengguna.

Menurut kenyataan Kementerian Kerja Raya pada 10.13 malam ini, kerja-kerja pembersihan dijangka dapat diselesaikan seawal jam 10 pagi esok.

"Bagaimanapun, pengguna akan dimaklumkan dari masa ke masa mengenai status kejadian itu.

Gambar Dan Video Sekitar Tanah Runtuh Di Lebuhraya Karak

"Bagi mendapat maklumat terperinci mengenai jalan alternatif, pengguna dinasihatkan menghubungi bilik gerakan banjir JKR di nombor telefon 03-26107727 yang beroperasi 24 jam," katanya.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pihaknya akan menghantar pasukan pakar forensik Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi meninjau keadaan kawasan tanah runtuh itu esok.













Lihat video di sini dan sini.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...