Friday, 20 November 2015

Ekoran Gambar Pertemuan Ini, Najib Kena Bidas Lagi..

Ekoran Gambar Ini, Najib Kena Bidas Lagi. Serangan terhadap Nurul Izzah Anwar kerana berjumpa dengan Puteri Sultan Sulu, Jacel Kiram pada 9 November lalu dalam satu majlis rasmi menunjukkan sikap hipokrit pemimpin UMNO.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Latheefa Koya berkata, pemimpin UMNO sebaliknya hanya diam membisu apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjumpa dan berjabat tangan dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu

“Ini memperlihatkan sikap hipokrasi dan serangan terhadap Izzah hanyalah bermotifkan politik.

“Kerajaan sepatutnya menjawab pelbagai isu yang belum selesai seperti skandal 1MDB bukan mengalih perhatian kepada isu seperti ini,” katanya dalam kenyataan media.

Latheefa berkata, kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said supaya Izzah dibawa ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen adalah tidak terpakai.


Ini kerana, katanya, perjumpaan itu tidak ada mengena dengan prosedur Parlimen dan berlaku di luar bidang kuasa Parlimen.

Ekoran Gambar Ini, Najib Kena Bidas Lagi

“Ini adalah perkara asas dan agak membingungkan apabila menteri yang bertanggungjawab tidak sedar perkara ini,” katanya.

Dia berkata, Izzah telah menerangkan perjumpaan itu diatur oleh penganjur dan majlis itu diturut dihadiri Datuk Bandar Manila dan Naib Presiden Filipina.





1 comment:

  1. Orang bangang diletak tempat menteri macam tu lah jadinya

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...