Wednesday, 11 November 2015

Berita Yang Menggemparkan Dari Umno Selangor

Umno Selangor menafikan dakwaan yang ia didatangi Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membentuk kerajaan perpaduan di negeri itu tahun lepas, kata ketua badan perhubungannya Datuk Seri Noh Omar.

Katanya, idea itu sendiri "tidak logik" kerana kekurangan bilangan kerusi di kalangan wakil rakyat Umno.

Umno Selangor mempunyai 12 daripada 56 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) sementara PAS mempunyai 15, sebelum 2 daripadanya menyertai kumpulan serpihannya, Parti Amanah Negara (Amanah). 

"12 tambah 15, jadi 27. Dengan 27 (kerusi) tidak boleh tubuhkan kerajaan."Saya tidak tahu apa-apa.

Tetapi secara logiknya, ikut fahaman orang biasa, bagaimana hendak tubuhkan sebuah kerajaan negeri dengan 27 (kerusi)?" soalnya ketika ditemui pemberita pada sambutan rumah terbuka Deepavali anjuran MIC di Batu Caves hari ini.





2 comments:

  1. Mu sama saja dgn hj hadi..
    Tanya semua tak tau..
    pi ternak kerang la lg bagus

    ReplyDelete
  2. Tu yang katanya nak ajak Azmin dan beberapa wakil PKR... baru cukup 30 lebih, PKR boleh amik ADUN PAS, xkan PAS xleh buat...

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...