Sunday, 29 November 2015

Berita Paling Lawak Tersebar

Kartunis kontroversi  Zunar menggesa orang ramai agar terus mentertawakan pihak berkuasa menerusi karya-karyanya.Zunar yang menghadapi pelbagai tuduhan kerana karyanya yang memomok dan mengkritik kerajaan terutamanya perdana menteri dan isterinya berkata, ketawa juga adalah satu bentuk protes.

"Saya mahu orang ketawa dan menangis pada masa yang sama mereka melihat kartun saya. Saya mahu mempersembahkan cara baharu untuk kita memprotes. "Baca sahaja kartun saya dan ketawa. 

Apabila mereka (kerajaan) berkata sesuatu seperti semua orang akan dapat BR1M, anda ketawakan mereka. Mereka tak akan tahan."Menurutnya, polis boleh menangani demonstrasi jalanan dengan menghantar polis rusuhan tetapi mereka tak boleh menghalang orang ketawa, melainkan ketawa diharamkan satu hari nanti.

"Tak mustahil satu hari nanti kita kena mohon permit ketawa," kata Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque semasa pelancaran karya solonya yang berlangsung selama 10 hari sempena Festival Sastera George Town.Menurut Zunar, beliau berlapang dada dengan 9 tuduhan menghasut dihadapinya yang mungkin menyebabkan dipenjarakan selama 43 tahun.

Menurutnya, tuduhan itu menjadikan beliau individu paling kuat "menghasut" di Malaysia."Ia okay. Seseorang perlu melakukannya. Ada satu garis sempadan dalam pemikiran kita menyebabkan kita takut tetapi garis itulah yang kita perlu langkaui.

"Apabila saya di luar negeri, ramai bertanya kenapa saya mahu kembali dan menghadapi perbicaraan."Saya mahu bongkarkan perkara yang tidak betul. Jika saya lari, mereka akan senang hati. Jadi, saya akan hadapi perbicaraan. 

Sebagai seniman, inilah peluang saya..tiada apa sangat yang perlu ditakutkan," katanya sambil menambah yang orang di luar negara terkejut dengan 9 tuduhan terhadapnya.

Menurut Zunar, di mata kerajaan tiada satu pun daripada karyanya halal.Disebabkan itu, pencetak dan pengedar bukunya secara atas talian juga diganggu polis malah mengehendaki pengedar bukunya mendedahkan butiran pembeli buku.

Beliau juga pernah dimaklumkan polis Bukit Aman yang menahannya, akaun Facebook beliau antara dipantau ketat pihak polis.

"Kawan-kawan memberi amaran yang telefon saya mungkin diintip polis Cawangan Khas tetapi saya seronok sebab saya boleh bercakap yang bukan-bukan tentang polis dan mereka boleh mendengarnya," katanya mengundang ketawa hadirin festival.

Zunar berkata, satu-satunya cara bagi menghalang beliau melukis adalah dengan menghentikan bekalan dakwat.






1 comment:

  1. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA..............................BODOHNYA RAKYAT MENGUNDI NAJIB DAN UMNO BN..

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...