Saturday, 7 November 2015

Berita Mengejutkan Buat Penyokong Pembangkang

Kira-kira 10 orang pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan pegawai polis membuat serbuan ke pejabat portal berita Malaysiakini.

Serbuan yang dilakukan pada pukul 5 petang tadi dipercayai berhubung laporan yang disiarkan dalam portal berkenaan berhubung perpindahan timbalan pendakwa raya (DPP) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.

Sebelum ini, SKMM telah merakamkan kenyataan daripada Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini, Steven Gan dan seorang wartawan berhubung laporan yang disiarkan pada Isnin lalu

Dalam satu laporan eksklusif, Malaysiakini mendedahkan seorang pendakwa raya SPRM telah dipindahkan secara mengejut selepas terbabit dengan penahanan beberapa saksi penting.

Bagaimanapun, Malaysiakini tidak menyebut nama Ahmad Shazale Abdul Khairi sebagai pegawai yang dipindah keluar dari SPRM.

Turut dilaporkan tiada sebarang tangkapan atau sebarang peralatan seperti komputer riba dirampas.

Rabu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri mengesahkan apa yang berlaku adalah pemindahan dalaman ke atas DPP itu.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...