Thursday, 19 November 2015

Berita Gempar Terkini.. Saksikanlah

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin mempertahankan kenyataan "cari makan" yang dibuat beliau terdahulu hari ini, mengatakan beliau hanya berjenaka dan perkara itu tidak sepatutnya dilaporkan media. 

Beliau membuat penjelasan itu beberapa minit selepas Ahli Parlimen Puchong dari DAP, Gobind Singh Deo, menggesa beliau meletak jawatan, pada 1 sidang media di lobi Parlimen. 

Gobind berkata, kenyataan Hasan "memalukan" dan menunjukkan beliau tidak bebas untuk terus menjadi pengerusi kepada panel ahli Parlimen yang dianggotai ahli politik kerajaan dan pembangkang itu.

Hasan berkata, media tidak sepatutnya melaporkan kenyataan itu, yang katanya dibuat secara berseloroh. 

"Ini merosakkan reputasi saya sebagai pengerusi PAC dan ahli politik," katanya. 

Hasan berkata, beliau membuat kenyataan itu kerana hendak menjemput wartawan makan tengah hari. 

Wartawan pada sidang media terdahulu berulang kali bertanya kepadanya jika PAC akan memanggil Najib berhubung siasatan ke atas dana pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad.

Ketika itu Hasan menjawab, Najib tidak semestinya dipanggil dan ketika diberitahu pengerusi sebelumnya Datuk Nur Jazlan Mohamed terbuka untuk menyoal Najib, Hasan berkata: "Janganlah, saya pun nak cari makan juga." 

Hasan juga mendakwa, beliau meminta kenyataannya itu tidak dilaporkan media, walaupun beliau tidak secara jelas membuat permintaan itu pada sidang akhbar berkenaan.

Beliau menamakan portal Malaysiakini dan The Malaysian Insider yang menyiarkan kenyataan itu dan menyifatkan apa yang terjadi sebagai satu "salah faham".




3 comments:

  1. Bila umnu tak jujur mereka akan kata itu hanya salah faham

    ReplyDelete
  2. sori tok...terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. itupun aku kena ajar ke?

    ReplyDelete
  3. menteri substandard

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...