Saturday, 28 November 2015

Akhirnya Punca Sebenar Hamidah Osman Dipecat Dari Umno Terbongkar

Datuk Hamidah Osman yang tidak puas hati sebab dipecat mendakwa, beliau menjadi mangsa balas dendam pucuk pimpinan UMNO kepada beberapa pemimpin lelaki yang lantang mengkritik parti itu.

Katanya, pucuk pimpinan UMNO tidak berani mengambil sebarang tindakan kepada pemimpin-pemimpin lelaki itu dan menjadikan beliau sebagai ‘kambing hitam’.Katanya, beliau dipilih menjadi mangsa hanya kerana seorang ahli UMNO Wanita yang dianggap lemah.

“Saya yakin dijadikan kambing hitam. Mungkin kerana ‘tidak dapat tanduk, telinga yang dipulas’. Cuma mungkin mereka melihat saya sebagai seorang wanita,” katanya dalam sidang media di Hotel Impiana pada petang Jumaat.

Bekas Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng itu mengingatkan agar pimpinan parti tidak terus menekan dan menghalang Wanita daripada bersuara.“Tetapi saya hendak ingatkan. Jangan tekan sangat, kalau tekan sangat akan melantun,” katanya.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal dan mantan Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad sering mengkritik parti dan Presidennya, Datuk Seri Najib Razak.Namun, tiada sebarang tindakan yang diambil terhadap pemimpin berkenaan.

Dalam pada itu, Hamidah berkata, gelombang UMNO Perak yang mahukan Najib berundur semakin kuat.“Saya sudah Nampak hikmah (dipecat). Ramai yang datang malah ada yang mahukan kita berbuat sesuatu,” katanya.

Sambil berseloroh, beliau merasakan dirinya seperti seorang artis sejak dipecat apabila tidak putus-putus menerima panggilan rakan-rakan UMNO.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...