Monday, 12 October 2015

Umno Terkejut Dengan Tindakan PKR Ini?

Keahlian Pakatan Harapan akan diperluaskan untuk cuba memasukkan PAS, Parti Sosialis Malaysia (PSM), serta parti pembangkang dari Sabah dan Sarawak, PKR memutuskan hari ini.

Resolusi itu dibuat dalam satu mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu, dipengerusikan Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali membacakan resolusi itu selepas selesai mesyuarat selama dua jam yang diadakan di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya malam ini.

"Kami membuat resolusi untuk menjemput PAS, PSM juga parti daripada Sabah dan Sarawak untuk menyertai kami," katanya.

Mesyuarat tersebut diadakan selepas petisyen khas oleh 25 ahli MPP meminta dibincangkan mengenai status gabungan parti pembangkang baharu itu yang ditubuhkan bulan lalu oleh PKR, DAP dan Parti Amanah Negara.

Azmin juga menasihatkan semua parti pembangkang agar tidak bercakaran sesama sendiri.

"Biarkan parti masing-masing selesaikan hal mereka sendiri secara dalaman dan jangan cuba masuk campur urusan parti lain.

"Jika kita terus berbalah, maka rakyat akan hilang keyakinan kepada kita untuk menawan Putrajaya," katanya.

Azmin berkata, rundingan dan perbincangan akan diteruskan dalam cubaan untuk mendapatkan lebih ramai pihak menyertai platform mereka yang sama.

"Kami akan terus berhubung dengan mereka yang sealiran fikiran dengan parti," katanya.

Presiden dan MPP memutuskan akan meneruskan usaha membina barisan pembangkang yang kukuh dan bersatu serta mencari penyelesaian kepada krisis negara yang makin mendesak. Antara resolusi yang diluluskan MPP itu adalah: 

* PKR komited memantapkan Pakatan sebagai satu gabungan politik yang inklusif dan keahliannya akan diperbesar kepada rakan politik yang sehaluan;

* PKR akan mengambil langkah menyediakan suasana kondusif bagi perpaduan pergabungan politik yang luas dan menyeru semua parti menghentikan perbalahan dan serangan antara satu sama lain, dan parti sahabat juga harus menghormati perbezaan pandangan masing-masing dan tidak mencampuri urusan dalaman parti sahabat.

* PKR akan meneruskan perhubungan dan perbincangan dengan rakan-rakan politik lain, dan berhak untuk mendirikan kerjasama 2-hala di pelbagai peringkat jika perlu.



2 comments:

  1. Azmin .Rasanya tidak ada peminpin Amanah yang diserang bertalu2 dari peminpin Pas yang mengeluarkan perkatan atau ucapan yang membalas balik ucapan dan hinaan dari Pas.yang ada mungkin dari pengikut peringkat bawahan yang tak puas hati cara Pas melayan bekas pejuangnya sendiri.Janagnlah terlalu memjuk Pas agar mereka tidak terus jadi sombong,.Pakatan dan jemput tetapi mereka perlekehkan ,tunggu dan lihat aje apa yang akan berlaku nanti,ajak jangan ,pujuk janagn kita tunggu sekira mereka ingin kita terima dengan seikhlas hati .apa susaah2nya.

    ReplyDelete
  2. Dah bulan Mei 2016...dah lepas PRN Sarawak...apa pun tak tadak? gebang kuat je pembangkang ni

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...