Friday, 16 October 2015

Umno Bagi Kejutan Pada Saifuddin Abdullah?

Umno tidak akan sesekali memaafkan perbuatan Datuk Saifuddin Abdullah meninggalkan parti dan menyertai PKR, kata Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas.

Pengerusi lembaga displin Umno itu kesal dengan keputusan Saifuddin yang bukan sahaja keluar parti namun bertindak mengumumkannya secara terbuka.

"Bukan sahaja keluar parti tetapi tindakan ini dibuat cara umum dan di hadapan media. Dia nak keluar, keluarlah," katanya seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian.

Katanya, dengan tindakan Saifuddin Abdullah itu secara automatik keahlian beliau sebagai ahli Umno terlucut berdasarkan perlembagaan parti.

Saifuddin semalam mengumumkan meninggalkan Umno dan menyertai PKR, mengatakan cara Putrajaya mengendalikan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai punca membuat keputusan itu

Saifuddin Abdullah juga mengatakan, kurangnya kesungguhan Umno melaksanakan perubahan politik dan pembaharuan institusi – 2 perkara yang dekat di hatinya.

Katanya, walaupun ada parti lain yang turut mempunyai platform pelbagai kaum, Saifuddin berkata beliau tertarik dengan PKR.

Selain itu katanya, pakatan pembangkang berkongsi matlamat dan cita-cita sama iaitu memperjuangkan Malaysia yang lebih baik.

Dengan langkah terbaru ini, bekas ahli Parlimen Temerloh itu akan melepaskan jawatannya sebagai ketua pegawai eksekutif di Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM).





1 comment:

  1. Oooo... boleh keluar tapi takleh isytihar.... lantaklah dia nak bagitau satu dunia pun.... dia bukan langgar disiplin umno pun.... sebab dia dah jadi PKR.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...