Sunday, 25 October 2015

Tembelang Bayaran Tambahan RM50 Untuk BR1M Terbongkar?

Ahli Parlimen pembangkang menyifatkan nilai tambahan sebanyak RM50 dalam pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini tidak bermakna apa-apa.

Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen berkata, ia kerana nilai itu tidak dapat mengawal inflasi. "Saya rasa RM50 itu tidak bermakna apa-apa pun kerana kadar inflasi sekarang lebih daripada 5 peratus.

"Jika dia naik daripada RM950 kepada RM1000, kadar naik 5 peratus sahaja, tidak boleh 'cover' inflasi...maknanya? Kosong," katanya kepada Sinar Online ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam.

Dalam pembentangan bajet 2016, pemberian BR1M untuk isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah akan ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1,000 dan isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000 akan ditingkatkan daripada RM750 kepada RM800.

Manakala individu bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas, serta berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, kadar bantuan akan ditingkatkan daripada RM350 kepada RM400.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kapar, G Manivannan berkata, kenaikan RM50 itu tidak memadai dengan kenaikan harga barangan muktahir ini ditambah dengan kejatuh nilai mata wang negara.

"Saya pada dasarnya menolak pemberian BR1M kerana ia tidak setaraf dengan malapetaka yang sedang melanda negara. Kenaikan RM50 itu tidak memadai dengan kenaikan harga barang, mata wang yang sedang jatuh dan sebagainya.

"RM50 itu untuk setahun. Kadar inflasi kita, harga barang, tol, tarif elektrik dan sebagainya pun sudah lebih daripada RM50. Kenaikan ini hanya syok sendiri sebab dia perlukan 'point-point' untuk bentang.  Jadi, saya rasa pemberian BR1M ini tidak sepatutnya diteruskan," katanya.

Malah beliau turut melahirkan melahirkan melahirkan Bajet kali ini tidak membawa apa-apa dasar untuk pembangunan ekonomi negara.

"Saya lihat pembentangan bajet kali ini tidak banyak 'point' dan habis lebih awal daripada tahun lepas. Maka, saya rasa beliau perlukan 'point' yang banyak sebab itu beliau asyik ulang 'tambah RM50' beberapa kali.

"Saya tidak puas hati dan kecewa keran tiada apa-apa dasar yang dibawa untuk pembangunan ekonomi. Tiada juga dasar yang dibawa untuk membangunkan mata wang kita yang sedang jatuh. Nampak di situ ini bajet syok sendiri yang tidak memperhalusi penderitaan rakyat. Ini bukan bajet rakyat," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, kerajaan menambah 'gula-gula' untuk diberi kepada rakyat, namun masalah dasar negara masih terus memburuk.

"Kalau begitu ramai jumlah penerima...hampir 5 juta, itu bermaksud, kadar gaji yang diterima rakyat di negara ini tidak mencukupi untuk menangani inflasi.

"Jadi, kenapa kerajaan masih lagi melaksanakan dasar yang akhirnya membebankan mereka? Tambah gula-gula tapi masalah dasar masih lagi diburukkan oleh kerajaan," katanya.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...