Wednesday, 28 October 2015

Tanpa Disangka.. Tuan Guru Abdul Hadi Awang Keluar Kenyataan Ini

Ahli parlimen Pakatan Harapan mempertahankan tindakan mengangkat plakad yang bertulis ‘Mana RM 2.6 billion’ kerana ia tindakan yang wajar serta mewakili suara dan pandangan rakyat.

Timbalan Ketua Whip PKR, Abdullah Sani berkata, tindakan itu merupakan salah satu tanggungjawab ahli parlimen yang secara langsung mewakili suara rakyat.

“Suara itu perlu diutarakan. Lebih baik kita bersuara atau lebih molek membisu seribu bahasa dengan penyelewengan dan bobokan (momokan) yang berlaku dalam negara?

“Suara rakyat yang derita hari ini kalau bukan ahli parlimen bangkitkan, siapa lagi?,” soalnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Langat.

Dia menjawab kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menganggap tindakan ahli parlimen dari Pakatan Harapan mengangkat plakad didalam Dewan Rakyat sebagai tindakan yang tidak beradap.

“Seperti umum tahu, isunya apabila pembentangan bajet dilakukan, rakyat hendak tahu penyelesaian RM2.6 billion dan 1MDB. Namun Menteri Kewangan itu tidak langsung tidak menyentuh soalan itu. Jadi, plakad itu memainkan peranan atas kehendak rakyat yang ingin tahu penyelesaiannya.

“Saya tidak nampak ia melanggar undang-undang Parlimen. Yang saya lihat sebagai kebebasan bersuara. Suara rakyat perlu diselaraskan dengan tindakan ahli parlimen,” katanya di Parlimen.




1 comment:

  1. Kena lah faham.. apa2 yg x puashati bangkit tanya masa perbahasan..

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...