Tuesday, 20 October 2015

Tanpa Dijangka.. Maybank Buat Onar?

Bank tempatan terbesar, Maybank, didakwa membuang pekerja-pekerja Melayu terutama yang berkhidmat dalam bidang teknologi maklumat (IT).

Dakwaan itu dibuat oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) selepas pihaknya menerima aduan daripada bekas pekerja Maybank yang diberhentikan.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, seramai 298 pekerja Maybank telah diberhentikan bermula 2008 sehingga kini dengan alasan kakitangan tersebut gagal mencapai Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) dan menawarkan Skim Pencen Awal (ERS) walaupun telah berkhidmat lebih dari 10 tahun.

“Kami (PERKASA) memandang berat dan minta pihak atasan Maybank tidak lepas tangan apa yang berlaku.

“Berdasarkan aduan yang Perkasa terima, dua orang pegawai yang terlibat memberhentikan pekerja bawahan ini.

“Sama ada sengaja atau tidak mereka berhentikan 90 peratus pekerja Melayu atas pelbagai alasan dan sukar kita dapat terima alasan yang diberikan,” katanya dalam sidang media pada Isnin.

Ibrahim berkata, Maybank sebagai bank tempatan sepatutnya mengutamakan golongan Bumiputera kerana mereka berhak mendapat hak-hak istimewa seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

“Saya bukan rasis , tetapi pihak pengurusan Maybank jangan lepas tangan. Kerajaan, Kementerian Kewangan Malaysia dan Bank Negara patut ambil serius mengenai perkara ini, sila beri perhatian,” katanya.



4 comments:

  1. Maybank adalah salah satu rumah riba (bank interest ) yg tertua di Malaysia. Bekerja di bank bermakna anda terlibat @ subahat dalam urusan riba dan dosanya BESAR. Syukurkah, jika anda tidak bekerja di bank atau TIDAK MENGGUNAPAKAI SEBARANG PRODUK BANK SEPERTI PINJAMAN KERETA. Tidak ada sebarang pinjaman kereta dari bank yang bebas riba walaupun banyak istilahnya islamik. RIBA TETAP RIBA dan RIBA ADALAH DOSA BESAR. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  2. UMNo nAKA AMBIL HAL TTG MASALAH mELAYU...KIRIM SALAM LA.....KIPIDAD LAGI BERANI...

    ReplyDelete
  3. Berita 2008 baru nak diungkit pada 2015 ?
    7 tahun lambat da !!!

    ReplyDelete
  4. Boikot Maybank...

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...