Friday, 23 October 2015

Sehingga Teruk Macam Ni.. Pemimpin Malaysia Masih Cool

Malaysia tidak akan mengenakan tekanan politik ke atas Indonesia susulan masalah jerebu yang melanda teruk negara ini.

Bagaimanapun, Kuala Lumpur membuat desakan agar Jakarta lebih bertanggungjawab supaya ia tidak berulang.

Kenyataan itu dibuat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mahukan kepastian supaya jerebu tidak menjadi masalah tahunan di kalangan negara ASEAN.

Sementara itu, sehingga jam 11 pagi tadi, Kualiti udara semakin merosot apabila enam kawasan di utara melibatkan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan tersebut ialah Kangar di Perlis (242); Alor Setar (228), Bakar Arang, Sungai Petani (244) dan Langkawi (236) di Kedah; Seberang Jaya 2, Perai (272) serta Universiti Sains Malaysia (236) di Pulau Pinang.

28 kawasan lagi mencatatkan bacaan IPU tidak sihat termasuk Tanah Merah, Kelantan (120); Bandaraya Melaka (102); Nilai (102), Seremban (103) di Negeri Sembilan; Jalan Tasek, Ipoh (158), Kampung Air Putih, Taiping (161) dan Seri Manjung (182) di Perak.

Kawasan lain termasuk Kuching (125), Samarahan (131), Sri Aman (162) di Sarawak; Kuala Selangor (151), Pelabuhan Klang (159), Petaling Jaya (144), Shah lam (138) di Selangor; Kuala Terengganu (108); Batu Muda di Kuala Lumpur (118) dan Putrajaya (115).



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...