Sunday, 4 October 2015

Saifuddin Abdullah Akan Dipecat.. Ini Buktinya?

Utusan Malaysia secara tidak langsung mendesak Umno agar memecat Datuk Saifuddin Abdullah berikutan pendirian bekas menteri timbalan pendidikan tinggi yang tetap mahu menghadiri majlis anjuran pembangkang meskipun diberi amaran sebelum ini.

Dalam ruangan pojok Awang Selamat, secara tidak langsung akhbar milik Umno itu berkata, pimpinan tertinggi parti Melayu itu tidak perlu menunggu lama memandangkan tiada keserasian lagi di antara kedua-dua pihak.

"Pada Awang, Saifuddin tidak lagi berminat kepada Umno dan Umno lebih-lebih lagi sudah tidak mengharapkan beliau. Lagipun pengaruhnya dalam parti sudah hilang selepas kalah di Temerloh.

"Maka apa ditunggu lagi.. sudah tidak ada keserasian antara kedua-duanya," kata Awang Selamat dalam edisi Ahad Mingguan Malaysia hari ini.

Desakan pemecatan Saifuddin itu dikuatkan dengan kenyataan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mengatakan bekas timbalan menteri itu perlu meninggalkan parti Melayu itu sekiranya terus menjadi "duri dalam dalam daging".

"Cukuplah sudah banyak peringatan yang diberi. Kegagalan untuk bertindak akan memberi imej salah kepada semua.

"Tanpa Saifuddin dalam Umno, tiada siapa akan menangis, sebaliknya ia kelegaan besar buat kita semua," katanya.

Saifuddin pada 22 September lalu hadir ke program pelancaran Pakatan Harapan, tetapi menegaskan kehadiriannya atas kapasiti sebagai pengerusi badan bukan kerajaan (NG) Akademi Belia.

Tindakan Saifuddin yang juga bekas ahli Majlis Tertinggi Umno menimbulkan kemarahan dan menyebabkannya menerima surat tunjuk sebab dan diberi tempoh selama 14 hari untuk memberikan penjelasan.

Bagaimanapun Pengerusi Lembaga Displin Umno Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas sebelum ini beranggapan perbuatan Saifuddin hadir ke acara pembangkang merupakan tindakan biasa.

Semalam, Saifuddin dilaporkan sudah menjawab surat tunjuk sebab kepada Umno.



1 comment:

  1. PAN sedia menerima orang yg sederhana seperti saifuddin.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...