Thursday, 15 October 2015

Rupanya Ukraine Tahu Risiko MH17 Ditembak Jatuh?

Pasukan penyiasat antarabangsa merumuskan bahawa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 ditembak jatuh oleh peluru berpandu BUK buatan Rusia.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Lembaga Keselamatan Belanda, Tjibbe Joustra ketika membentangkan hasil siasatan tragedi MH17.

Siasatan turut mendapati peluru berpandu itu meletup di luar bahagian kiri kokpit pesawat berkenaan.

Pengesahan ini turut dibuat berdasarkan rakaman mikrofon di dalam kokpit yang mengesan bunyi letupan misil berkenaan. Serpihan peluru berpandu itu ditemui di kawasan nahas dan juga di dalam bangkai pesawat tersebut.

BUK adalah peluru berpandu darat ke udara buatan Rusia. Turut disebut dalam laporan itu ialah, Ukraine sedia tahu mengenai risiko di kawasan berkenaan tehadap penerbangan awam.

Bagaimanapun Ukraine gagal untuk menimbang ancaman yang wujud terhadap penerbangan awam. MH17 ditembak jatuh pada 17 Julai 2014 dan mengorbankan kesemua 298 krew dan anak kapal.

Lembaga Keselamatan Belanda dalam sidang medianya turut memaparkan animasi bagaimana pesawat itu ditembak.

Terdahulu, sebuah akhbar Belanda pada Selasa turut melaporkan bahawa penyiasat antarabangsa telah mendapati pesawat tersebut ditembak jatuh dengan peluru berpandu BUK buatan Russia.

Menurut AFP yang memetik akhbar berkenaan, peluru berpandu itu dilancar dari kawasan yang dikuasai pemberontak di timur Ukraine.









No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...