Wednesday, 21 October 2015

Rupanya Tiada Fenomena Jerebu Kuning.. Ini Buktinya

Jabatan Alam Sekitar (JAS) hari ini menafikan kewujudan fenomena “jerebu kuning” seperti yang tersebar di media sosial.

Dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini, JAS memaklumkan pemantauan mendapati bacaan kepekatan karbon monoksida adalah rendah dan tidak menyebabkan fenomena berkenaan.

"Bacaan kepekatan karbon monoksida itu kurang daripada Recommended Malaysian Air Quality (Garis panduan Kualiti Udara Malaysia) iaitu di bawah 30 ppm (1 jam) atau 35 mikrogram per meter padu (1 jam).

"Ia tidak menyebabkan fenomena jerebu berwarna kuning," menurut JAS dalam kenyataan, sekali gus menjelaskan maklumat yang disebarkan mengenai fenomena jerebu.

Jerebu Kuning

JAS menarik perhatian indeks pencemaran udara (IPU) di Malaysia merupakan pengukuran kesan kepekatan pencemar utara pencemar utama – habuk halus bersaiz kurang daripada 10 mikrometer (PM10); karbon monoksida; sulfur dioksida; nitrogen dioksida dan ozon mengikut piawaian antarabangsa.



Lihat bacaan IPU terkini di SINI.





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...