Thursday, 29 October 2015

Berita Menggemparkan Dari 1MDB

Arul Kanda Kandasamy digesa berhenti memberi alasan "bodoh" dan menyahut cabaran untuk berdebat secara langsung, kata Ahli Parlimen DAP Tony Pua, menjawab kenyataan Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu yang mahu beliau meletak jawatan sebagai ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terlebih dahulu jika mahu berdebat dengannya.

Pua tidak terkejut dengan kenyataan Arul yang membuat syarat yang dianggapnya mengarut tersebut, serta mempersoalkan mengapa orang kuat 1MDB itu begitu takut untuk berdepan dengannya sedangkan ahli PAC Barisan Nasional (BN) lebih ramai daripada pembangkang.

"Berhenti beri alasan bodoh dan terima cabaran saya," kata Pua pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

"Saya tidak terkejut langsung dengan kenyataan Arul yang terima cabaran dan buat syarat tidak masuk akal langsung.

"Mengapa sangat bimbang jawatan saya dalam PAC? Ada 13 ahli PAC BN, malah pengerusi sudah kata mereka tidak akan ambil tindakan untuk singkir saya daripada PAC.

"Sebagai penjawat awam, Arul tidak boleh membuat kenyataan menghina PAC dan Parlimen," katanya.

Pua dalam satu kenyataan awal hari ini menggesa Arul menerima cabarannya mengadakan wawancara secara terbuka yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen membincangkan isu 1MDB yang masih belum diperjelaskan.

Dalam kenyataan balasnya selepas itu, 1MDB mengeluarkan kenyataan Arul setuju menyahut cabaran Pua itu tetapi ahli Parlimen DAP itu mesti terlebih dulu meletak jawatan sebagai ahli PAC bagi memelihara integriti jawatankuasa itu yang ketika ini sedang menyiasat 1MDB dan bagi mengelakkan konflik kepentingan.

Pua berkata kepada pemberita hari ini, isu konflik kepentingan tidak berbangkit kerana perkara yang dipertikaikan adalah berkaitan dengan kepentingan awam.

"Tiada undang-undang yang mengatakan saya tidak boleh bangkitkan isu kepentingan awam walaupun saya masih dalam PAC.

"Sangat tidak relevan apabila Arul berkata wujud konflik kepentingan," katanya.



3 comments:

  1. Kalau memang ada Debat secara langsong antara Tony Pua vs Arul diharap Jangan ada ahli Najis yang akan mengganggu supaya perDEBATan itu dapat diteruskan. Anda jangka Pengerusi 1MDB akan biarkan kan ia berlaku ?

    ReplyDelete
  2. Ini jenis keling yang tak boleh dipercayai langsung! Apakah jaminan debat terbuka secara langsung itu akan diadakan, jika Tony Pua meletakkan jawatan dari PAC? Jangan kita lupa dan perlu dipahatkan di dalam hati, spesis pemakan biawak dan ular ini, sudah tentu ada sifat-sifat biawak dan ular. Itu sahaja.

    ReplyDelete
  3. Bila pulak Arul jadi pegawai awam......dia bekerja dengan syarikat 1MDB

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...