Tuesday, 27 October 2015

Rupanya Ini Pengkhianat Sebenar Umno?

Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah hari ini mempertahankan tindakannya menyertai Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa bekas pemimpin Barisan Nasional (BN) dalam mengutuk penahanan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang.

"Siapa yang mengkhianati parti?," soal ahli Parlimen veteran itu ketika ditemui pemberita di depan lobi Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Gua Musang yang lebih mesra dengan panggilan Ku Li itu bertegas menafikan tindakannya itu satu perbuatan mengkhianati parti.

Sebaliknya, beliau berkata, ia bertujuan mengutuk tindakan Putrajaya yang menyalahgunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012, atau Sosma.

Ku Li berkata, perkara itu berkaitan dengan soal kebebasan kerana tindakan kerajaan itu tersasar daripada matlamat akta tersebut yang kononnya digubal bagi menangani pengganas.

"Saya hadir bukan kerana perkara lain (mengkhianati parti), namun kerana hak kebebasan yang kini disekat.

"Kita menyokong pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dan ini juga perkara sama.

"Apabila di Parlimen, mereka menjamin undang-undang ini akan digunakan hanya untuk pengganas dan bukan menyekat kebebasan. Ini soal kebebasan," katanya.

Bekas perdana menteri Dr Mahathir dan Ku Li mencatatkan sejarah dalam politik Malaysia apabila duduk semeja mengadakan sidang media bersama dengan 4 pemimpin lain iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Tan Sri Ong Tee Keat dan Tan Sri Sanusi Junid mengecam penahanan Khairuddin dan Mathtias.

Khairuddin, yang merupakan bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan dan peguamnya itu, ditahan di bawah Sosma kerana disiasat mengikut Seksyen 124K dan 124L Kanun Keseksaan.

Mereka pada 12 Oktober didakwa di mahkamah atas kesalahan mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan kerana membuat laporan berkaitan kemelut syarikat milik kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di luar negara.

Sumber





1 comment:

  1. umno parti gila dan tidak bertemadun ..............kalau pemimpin parti umno buat kerja jahat dan tidak bermoral, semua ahli mesti sokong.......kalau tidak sokong dianggap "penghianat" .....ini law orang papua new guinea...........................!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...