Friday, 23 October 2015

Rahsia Zahid Hamidi Terbarai?

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan bahawa adiknya telah memperoleh kontrak menguruskan kemasukan 1.5 juta pekerja warga Bangladesh secara sistem dalam talian.

Beliau berkata, syarikat adiknya itu hanya disenaraikan dalam senarai pembida kontrak tersebut tetapi masih belum dipilih. “Kita masih belum buat keputusan. Tidak ada sebarang surat pengesahan lagi.

“Ia hanya disenarai pendek, tetapi masih belum lagi dipilih,” katanya pada sidang media di Pameran dan Persidangan 4th General Polis and Special Equipment (GPEC) Asia 2015 pada Rabu.

Zahid Hamidi berkata, kementerian telah menerima beberapa kertas cadangan daripada syarikat syarikat yang berminat untuk mendapatkan kontrak tersebut.

Sebelum ini, Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Zairil Khir Johari berkata, syarikat Real Time Networking Sdn Bhd milik adik Zahid perlu dikeluarkan daripada senarai syarikat yang membida untuk menguruskan kemasukan 1.5 juta pekerja warga Bangladesh.

Zairil berkata tindakan itu perlu dilakukan demi kepentingan awam.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...