Friday, 2 October 2015

Punca Sebenar YDP PAS Rantau Panjang Ditampar Ahli Terbongkar?

Yang Dipertua PAS Kawasan Rantau Panjang, Abdul Fatah Haron cedera di muka selepas ditampar ahli parti itu pada Majlis Dialog PAS di Kampung Banggol Kulim, di sini, malam tadi. 

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, bekas Ahli Parlimen Rantau Panjang itu ditampar dipercayai akibat perselisihan dalam parti. 

Difahamkan, seorang lelaki secara tiba-tiba meluru ke arah Abdul Fatah lalu menampar mangsa sebelum bermulanya sesi dialog. 

Insiden itu menjadi viral sejak malam tadi selepas Abdul Fatah sendiri memuat naik gambar mukanya yang cedera. Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliluddin Rahim, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Pemimpin PAS Rantau Panjang ditampar dalam majlis dialog malam tadi 


Yang Dipertua PAS Rantau Panjang Abdul Fatah Haron terpaksa mendapatkan rawatan di klinik apabila ditampar seorang penduduk tempatan di Banggol Kulim, Rantau Panjang, Kelantan malam tadi. 
Kejadian menjadi sangat kecoh apabila selepas ditampar, Fatah yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Buku Tuku mengeluarkan pistolnya dan mengejar orang yang menampar beliau dan mengacukan pistol ke dadanya. 
Menurut saksi kejadian, seorang bekas pemimpin PAS tempatan, Abdul Razak Abas menarik Fatah dan menyuraikan orang ramai. 
Kejadian berlaku menjelang majlis dialog pemimpin kawasan Rantau Panjang dengan ahli jawatankuasa PAS Peti Undi Banggol Kulim di sebuah Pasti dekat situ kira-kira jam 9.15 malam tadi. 
"Ia tidak ada kaitan dengan politik tetapi isu lama iaitu berkaitan dengan pemilikan tanah," kata seorang saksi kejadian kepada The Malaysian Insider walaupun ada ramai tokoh politik tempatan dalam majlis itu. 
Fatah sendiri memuat naik gambar mukanya yang luka ke Facebook awal pagi tadi dan meminta semua pihak bertenang dan jangan membuat sesuatu tindakan sendiri. 
"Perkara ini hendaklah kita serahkan dan berilah peluang dan kepercayaan kepada pihak polis untuk menyiasat dan mengambil apa apa tindakan yang sepatutnya," kata Fatah yang membahasakan dirinya AbeTah. 
Beliau dipercayai sudah membuat laporan polis di Balai Polis Rantau Panjang malam tadi. 
Pihak yang memukul beliau pula dikatakan akan membuat laporan polis hari ini terutama berkaitan dengan tindakan Fatah mengacukan pistol kepadanya. 
Sumber




2 comments:

  1. Itulah natijahnya jika pemimpin atasan tidak dapat mengawal diri yang suka memaki ahli sendiri.Allah tunjukan depan mata kita seorang yang telah jadi pemimpin (Bekas Adun)berani mengacukan pistul kepada ahli biasa yang mungkin hanya tidak puashati yang menidakkan diri beliau untuk bersabar .

    ReplyDelete
  2. Maaf lah kawasan rantau panjang mmg panas. Jadi siapa yg jadi tok ketua sudah maklum risiko ni. Tapi sy kesal dgn tindakan ydp fatah haron yg mengeluarkan pistol dan mengacu ke dada pemukulnye...nampaknya pak lebai pas ni kurang sabornya walaupun kununnya mewakili parti islam...

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...