Monday, 12 October 2015

Polis Dedah Punca Bekas Adun Alor Limbat Ditembak

Pihak polis turut menyiasat sama ada kes kamatian bekas ADUN Alor Limbat, Alias Abdullah yang dipercayai ditembak di rumahnya di Kampung Alor Limbat mempunyai kaitan dengan kematian sepupunya yang turut ditembak sebelum ini.

"Pihak polis juga sedang menyiasat sama ada kes tersebut mempunyai kaitan dengan kes tembakan yang melibatkan seorang pesara guru yang juga merupakan sepupu kepada mangsa pada Ogos lalu," kata Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab Rahman.

Pesara berkenaan Mat Jusoh Ali, 56, maut dipercayai terkena tembakan dari jarak jauh di kawasan rumahnya di Kampung Padang Midin, Kuala Terengganu.

Beliau berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan insiden tersebut dilakukan pihak yang sama namun menggunakan senjata berbeza.

"Jika kita lihat, kedua-dua kes berlaku pada tarikh yang sama (iaitu 9 Ogos dan 9 Oktober)," katanya dan menambah pihak polis menubuhkan pasukan bagi menjalankan siasatan terperinci dan mencari petunjuk bagi kes berkenaan.

Katanya seramai 10 orang yang terdiri daripada ahli keluarga, kenalan dan jiran Alias dipanggil bagi memberi keterangan.

Rosli berkata kes tersebut memang dirancang terlebih awal.

2 comments:


  1. Ramai orang diirompak, dirogol, ditipu atau dibunuh setiap hari membuktikan undang-undang sekular telah gagal mengurangkan jenayah di negara ini. Oleh sebab itu marilah kita semua melaksanakan hukum Allah (Hudud dll) untuk mengurangkan kadar jenayah di negara ini.

    ReplyDelete
  2. Setuju 9999999999999999999999999999999999999999999999...%

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...