Sunday, 4 October 2015

Petanda BN Akan Berpecah?

MCA meminta UMNO berhenti mempertahankan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Ramli selepas beliau dikatakan mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman ke atas orang Cina.

Pada masa yang sama ia juga membantah kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Adnan Tengku Mansor yang meminta MCA berhenti mengkritik Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu.

Ketua Biro Publisiti MCA, Datuk Chai Kim Sen berkata, kenyataan Tajuddin telah menyinggung komuniti China dan menggugat keharmonian di kalangan pelbagai kaum di negara ini.

“MCA telah memaklumkan pendirian kami dengan jelas dan ancaman Tajuddin itu akan disampaikan menerusi saluran Barisan Nasional, katanya yang dipetik Mstar Online.

Pada Khamis, Tajuddin dilaporkan berkata beliau akan lempang warga Malaysia berbangsa Cina yang mendapatkan perlindungan daripada China.

Walaupun Tajuddin kemudiannya menafikan berkata sedemikian, tetapi rakaman mengenainya disebar.



3 comments:

  1. MCA dan Gerakan cepat2 keluar dari BN .... jangan jadi dayus !!

    ReplyDelete
  2. Memang sudah sampai masa yang sewaktu dengannya BN akan lupus apa tidaknya seorang melayu berstatus Timbalan menteri dari UMNO hendak lempang(Tamapar) semua cina malaysia dan seorang cina juga berstatus Timbalan menteri berkata semua yang belajar dari sekolah kebangsaan adalah pencetus perkauman apakah Najib sudah hilang fokus untuk menyatukan parti koponen BN hingga semua menteri kebinet boleh mengeluarkan kenyataan yang berbau perkauman itu,inilah silapnya perhimpunan baju merah yang disokong oleh kepimpinan UMNO demi untuk menunjukkan sokong membawa rebah kepada Najib,sekarang Najib boleh lah guna kuasa polis pula untuk meahan sesiapa saja dari pembangkang jika mereka respon dengan dakwaan menteri bodoh dan biul dari kebinet najib itu,jika itulah kenyataan yang dibuat oleh pembangkas kahsnya DAP sudah lama mereka akan ditahan reman,tapi apahal dengan dua ekor menteri ini tak mahukah mereka disiasat bahkan ada pula seekor menteri pertahan kenyataan yang bodoh itu.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...