Thursday, 22 October 2015

Petanda Baru.. PAS Akan Berpadu Dengan Umno?

Usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang bakal dibawa PKR pada persidangan Dewan Rakyat kali ini akan menjadi usul sia-sia kerana tiada kesepakatan antara parti pembangkang, kata Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Beliau berkata PAS langsung tidak dirujuk mahupun dimaklumkan oleh parti pembangkang lain berhubung rancangan membawa usul berkenaan ke Parlimen sebelum ini.

"Kalau tak ada persediaan yang baik, tiada perbincangan, tiada kata sepakat, maka usul itu akan jadi usul biasa sahajalah. Sebab itu usul ini tak boleh buat main-main macam tu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Jubli Perak 25 tahun pemerintahan PAS di Kelantan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di Kota Baru, malam tadi.

Semalam, anggota Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian daripada PKR dipetik sebagai berkata bahawa beliau akan menarik balik hasrat membawa usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri untuk memberi laluan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail membawa usul sama.

Bagaimanapun, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia membayangkan usul itu tidak mungkin dapat diterima untuk dibahas pada sesi kali ini kerana setiap usul harus dikemukakan dalam tempoh 14 hari sebelum persidangan Dewan Rakyat bermula.

Ditanya mengenai formula pembahagian kerusi yang dicadangkan DAP dalam kalangan parti pembangkang sebelum ini, Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata PAS tidak lagi terikat dengan parti itu selepas masing-masing memutuskan hubungan politik dalam pakatan pembangkang sebelum ini.

Malah, katanya PAS sedang mengkaji untuk meletakkan calon bukan Islam yang bernaung di bawah Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) untuk bertanding di kerusi DAP pada pilihan raya umum akan datang.

"Kami akan bertanding (tambah kerusi) dan mungkin kerusi-kerusi DAP pun yang kami rasa ada potensi, kami akan letak calon DHPP untuk bertanding.

"Kami sedang buat kajian dan kami sedang mengumpulkan maklumat kawasan mana yang berpotensi namun perkara itu masih belum dimuktamadkan lagi," katanya.

Pengerusi DAP Lim Kit Siang sebelum ini mencadangkan PAS bertanding di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis manakala Parti Amanah Negara (Amanah) pula bertanding di negeri lain yang tertakluk atas persetujuan parti pembangkang lain.



2 comments:

  1. duduk diam, kalu kecek banyak 1 betul ,100 pula tak betul.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum wbt... isu perpaduan dgn umno ni perlu di buat dgn berhati2 kerana pengalaman lalu yg sangat memeritkan, seolah2 lebih baik berpadu dgn golongan kafir yang tidak memusuhi Islam daripada berpadu dgn golongan munafik yg menikam dari belakang. walauapapun tindakan yg hendak dilakukan pestikan Islam yang akan mengawal dan wajib diambil sebagai dasar utama yg berkuasa. Syarat ini sepatutnya tidak menjadi masalah kerana umno itu juga kenal Islam dan mengaku Islam... jadi sekiranya ada riak2 penentangan atau ketidakselesaan dr pihak umno utk memartabatkan Islam sebagai teras perpaduan maka lupakanlah langkah perpaduan itu... sebab untuk terbiah si munafik itu lagi susah drp mentarbiah si kafir kpd Islam dalam konteks ini. Walaubagaimanapun, setiap golongan dan pejuang yg berjuang untuk Islam patut lebih sedar utk bersatu dgn lebih kuat dan patuh kpd keilmuan dan kefaqehan serta alimnya si ketua. pasti ada jln utk bertolak ansur dlm pelbagai hal... mengapa harus keluar dari jemaah utk menentang sedangkan matlamat perjuangan adalah sama. apakah sudah tidak ada ruang dan ihsan utk duduk berbincang dlm perbezaan sedangkan Islam itu membenarkan perbezaan yg membawa kpd kebaikan... dan apakah ada matlamat lain yg menyimpang dari niat yang asal iaitu menegakkan Hukum Allah. Wallahuaklam.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...