Sunday, 18 October 2015

Pekerja Bangladesh Ditampar Lelaki Biadap

Seorang pekerja Bangladesh ditampar oleh pemilik kereta kerana tidak puas hati pekerja itu telah mengotorkan keretanya ketika mengelap cermin.

Perbuatan biadap lelaki itu dirakam CCTV dan mendapat kutukan netizen selepas rakaman itu menjadi viral media sosial.

Menurut pengguna Facebook yang memuatnaik rakaman video itu, pemilik kereta itu marah apabila mendakwa pekerja Bangladesh telah masuk dan duduk dalam kereta untuk mengelap cermin sehingga mengotorkan keretanya.

Dia mendakwa, pemilik kereta itu meminta pekerja Bangladesh itu membayarnya RM1,000 sebagai ganti rugi kerana mengotorkan keretanya.

Tidak lama kemudian kelihatan lelaki itu menampar pekerja Bangladesh itu beberapa kali.

Pemilik akaun FB itu yang dipercayai pemilik kedai cuci kenderaan itu mendakwa, pekerja Bangladesh itu mengalami pendarahan teruk dan terpaksa dirujuk kepada hospital.

“Semoga diberi hidayah kepadanya. Saya maafkan dan halalkan upah cuci kereta tadi. Jangan terlalu mendongak ke langit,” tulisnya yang dituju kepada pemilik kereta itu.

Rakaman video dan status itu dikongsi hampir 10,000 penguna Facebook dan mendapat perhatian netizen yang meluahkan kemarahan terhadap perbuatan lelaki itu.







3 comments:

  1. Ya Allah....manfaatkan lah manusia angkoh ini....Amin.

    ReplyDelete
  2. Bagus juga terpampan berita sebegini.. Berkenaan perangai dan silap para migrant/PATI/PDI spt golongon bangladeshi ( diorg dah 'up' dah, xmau kena pggil BANGLA). (INDON = x. INDO. = ok) Mmg meluat tahap dewa dgn golongan ni.

    Mmg dah naik tocang. Almaklumlah. Kaum kerabat dah ramai berlabuh di mesia ni....


    Pd brada tu,, cepuk sekali sudah lerrr,, Kok nak dicepuk berkali kali, Tgk kiri kanan atas bawah dpn blkg NO CCTV OK


    Tp. CCTV ALLAH SWT. ,,, SENTIASA ACTIVATED

    ReplyDelete
  3. Mungkin abangni marahkut kerana ramai sangat bangla kat Malaysia.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...